<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Tuesday, May 26, 2020

Fasting during MCO

Tak tau kenapa perasaan puasa kali ni sangat berbeza. Mungkin sebab MCO.
Aku dah start rindu. Mungkin ini berlaku sekali dalam seumur hidup. Harap2 biarlah sekali je yang kena. Tak sanggup aku beraya di perantauan.

Start puasa masa PKP, so tak terasa sangat, sebab takyah pergi kerja. Tak terasa penat pun, sebab selalu je makan lewat. Masa MCO ni, aku dengan adik aku bergilir gilir masa. So, bila turn dia masak, nak kat pukul 4 ke pukul 5 baru boleh makan. So, aku dah biasa dah. Tak heran pun bila kena puasa.

Masa sebelum government bagi PKPB, aku dah kena kerja. Minggu2 akhir nak habis PKP tu aku dah kena kerja. Entah kenapa, macam tak terasa sangat, mungkin sebab kantin tak bukak, dan tak boleh keluar beli makanan kot masa tu. Bos aku nasihatkan kteorg bawak makanan sendiri. Kekadang tak sempat nak masak pagi, so aku paksa relakan tidak makan satu hari. SO no different sangatlah puasa ke tak puasa ke time tu.

Yang paling ajaibnya tahun ni, aku boleh sahur. Compared to all those years, aku selalu malas nak sahur, 1) sebab malas nak bangun. Yelah kan sebab penat bekerja. 2) tak nak gemuk.
Tak tau kenapa this year, aku boleh jadi dengan sendirinya bangun sahur.  Masak lagi.
Bila aku sahur, aku dapat rasa yang badan aku bertenaga sepanjang puasa berbanding tak sahur.
Dulu masa aku tak sahur, aku selalu lemau. Dan orang semua perasan, puasa je aku jadi pendiam pastu moody je.

Subahanallah, ni lah hikmahnya.

Semenjak MCO ni, since takde dah orang jual2, kteorg selalu masak kat rumah. Sebelum balik kerja je, dah kena fikir nak masak apa. Penat sebenarnya, kekadang ketandusan idea nak masak apa. Sekarang barulah aku faham betapa struggle nya ibu ibu atau mana2 perempuan perempuan yang berkahwin nak juggle dari balik kerja dan masak. Ya Allah, hats off kat diorang.

Kadang2 aku cheat jugak, bila time gaji ke, ada duit lebih sikit, order je MCD, Pizza. Malas nak masak punya pasal. Yelah, dulu2, balik kerja beli je apa yang jual kat depan rumah aku ni, pastu bukalah. Kadang satu jenis makanan je, Pernah beli kuih muih, last2 tak hbis pun makan.


Bestnya time MCO ni, walaupun kena kerja tapi kteorg dipaksa bercuti, dalam seminggu tu ada 3 hari je kena kerja. Memang kalau ikutkan hati geram jugak, sebab company nak tolak gaji punya pasal. Tapi at the same time, aku dah rasa malas nak kerja. Sebab dah terbiasa cuti lebih dari sebulan hari tu.


Tarawikh kali ni sangat berbeza, aku pun sebenarnya agak malas nak tarawikh, tahun lepas pun, pergi bila ada mood, ada kawan. So this year, memang kena buat sendiri. Entah kenapa, bila kena buat sendiri mungkin lagi fleksible time dia, so aku cuba buat tarawikh walaupun rasa macam culas. Aku bukan baik guys. Aku struggle jugak nak lawan penyakit malas aku ni.

Semuanya bila aku tergerak hati, bila kak wawa cerita yang dia buat solat tarawikh. Padahal waktu tu bos aku kejar dia buat kerja time kat rumah. Dan hari tu hari pertama puasa, dia cuba nak buat walaupun nak pukul 12 malam dah time tu.

Dari situ aku dapat kesedaran, kenapa kak wawa boleh buat, aku yang free ni tak nak buat?
Kenapa aku nak bazirkan Ramadhan aku? Alasan apa lagi.


Raya this year, memanglah totally berbeza. Everyone knows kita tak boleh balik raya. Baju raya pun ala kadar, aku pakai baju dinner tahun ni. Memang nak beli baju raya, tapi bila dengar budak ofis aku cakap, packed gila dekat seksyen 7 nak beli baju raya. So, aku batalkan jelah niat nak beli baju raya. So, takde post gmbr baju raya tahun ni.  Dan since aku punya pipi dah terlalu chubby aku pun macam malasnya nak tangkap gambar.


Bila habis puasa tahun ni, ya Allah terasa kejapnya masa berlalu, aku rindu sangat time sahur tengok citer Geum Sa wol kat kbs pastu terus gi kerja. Balik tu masak pulak. Struggle sampai akhir ramadan aku tak sedar. Aku rinduu. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan ramadan akan datang. Ameen.
Terimalah gambar raya yang tak semenggah mana

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews