<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Monday, September 16, 2019

Hiking to Broga Hill

Hi guys, entry kali ni aku nak share pasal panjat bukit Broga. Terlebih dahulu aku nak bagitau, aku bukanlah hiker yang kental. Sebab aku tau, aku ni memang cepat semput, stamina low dan tak berapa suka sangatlah aktiviti kesihatan macam ni. Aku tak rasa nak panjat bukit Broga ni.

Tapi ni semua idea aku.
Bermula dengan kawan aku yang ajak naik bukit kat Taman Rakyat dekat je dengan rumah aku, maka tercetuslah idea nak naik Broga. Confident aku tinggi gila nak naik bukit ni. Tak terfikir pulak alasan alasan aku yang sebelum ni.
The main reason is, aku nak utilize cuti aku 3 hari dari mereput tak buat pape so why not kita pergi hiking! Yang kebetulan kawan aku just ajak panjat bukit dekat je dengan rumah aku. Aku pun fikir, dari panjat bukit dekat rumah aku ni, minggu biasa pun boleh. Why not aku gunakan cuti tu pergi buat aktiviti.

So here we go.
Pagi ahad kteorg bangun pukul 2.30 bersiap siap. Plan nak pergi pukul 3.30 pagi. So punyalah cuak ni kali kedua aku pergi hiking. Sebelum ni aku pernah naik bukit kat Pulau Perhentian. So aku ingat aku lepaslah naik bukit macam ni. Keluar pukul 3.30 pagi, kteorg mula gerak pergi amek Kak Ogy kat Sg. Kandis, so dalam pukul 4 pagi tu baru gerak pergi ke Semenyih ikut Rawang tak silap. Adalah sesat sikit, so sepatutnya perjalanan sampai awal sikit, tapi jadi lambat sikit. So, kteorg smpai nak dekat pukul 5 jugaklah.  Sampai je dari situ ramai jugaklah hikers dah ready ada kat situ. Kteorg pun mulakan langkah.

Ya Allah, aku berdebar2 gila masa tu, teringat apa yang abang Amir cerita, pernah cousin dia yang rajin pergi hiking tak silap aku pergi Broga jugaklah. Bawak balik 'benda', sampai kat rumah kena kacau, meracau2 dan semenjak dari tu cousin dia tak pergi hiking. Benda tu bermain2 dalam otak aku. Takut jugak sebenarnya. Sehari sebelum tu, abang Amir duk usik2 aku pasal hantu. Kuang ajar gila diaa. Tau tak aku punya gabra sampai malam nak naik tu aku takleh tido! Abang Amir siap pesan jangan pandang atas lah, kalau nampak apa2 jangan tegurlah. Tu yang buat aku mula fikir bukan2.


Memang gelap gelita gila. Baru je naik aku dah tercungap2. Aku tau aku ni lelah. Nafas aku kuat sangat. Sedangkan kalau hari biasa aku berjalan laju pun dah rasa macam lelah. Mula lah aku nak menyesal, 'kenapalaaah aku nak naik Broga sangaaaat!' But since aku juga yang ajak, aku kena teruskan niat aku tu, Kak Ogy push aku  'jom tieah' . Dan beberapa kali jugaklah aku pancit. Berhenti duduk kejap pun pernah. Pastu kawan aku pesan tak boleh duduk.  Aku malu dengan Kak Ogy yang umurnya 47 tapi stamina dia mengalahkan aku, dia naik bukit tu macam jalan kaki je. Nasib ada Azhar yang sabar duduk belakang aku.

Sampai satu tahap, aku dah rasa nak muntah, aku rasa macam takleh push dah. Limit aku sampai situ je. Aku cakap, aku takleh pergi dah, rasa nak suruh je diorang tinggal kan aku kat situ, curam dia tak berhenti henti. rasa penat sangat. Kak Ogy cakap kat aku lagi ' jom tieah' .
Azhar sabar menemani aku kat belakang. Sambil dia bawak beg aku yang berat berisi, air 2liter. Kesian gila dia. Push punya push sampai kteorg sampai kat chcckpoint pertama, ini pun dah terasa kejayaan besaaaaar sangat ni,. kteorg pun stop kejap solat Subuh.  Menikmati pemandangan bukit Broga yang mataharinya hampir terbit. Waaaah aku tulis ni pun dah terasa rindu. Cantiknya pemandangan ketika itu.

Sampai kat checkpoint pertama, aku dah rasa tak nak naik sampai ke atas lagi. Cukuplah sampai situ je, Azhar pun cakap "aku tak nak balik selagi tak sampai atas". Aku pun teruskan jugaklah perjalanan sampai ke checkpoint kedua.Dah sampai kat atas tu, wah puas hati la posing. Memang orang pun dah ramai bergambar time tu. Kat atas tu banyak batu2 besar, then tengoklah pemandangan dia sampai kebawah,  kteorg tak naik sampai puncak sebab orang terlalu ramai kat situ, memandangkan kawansan puncak tu kecik pulak.  So kteorg pun stop sampai situ je. Lepastu menikmati pemandangan kat situ, sambil makan nugget yang Azhar bawak..Pastu kteorg pun turun ke bawah.

Masa nak turun bawah tu, orang mula ramai naik, dari makci2 budak2 muda. Oh ya, Lizzy (elizabethtan) pun naik time tu jugak, aku tak terserempak pun dengan dia, cuma perasan ada perempuan pakai baju sleeveless kat situ sorang je, tapi tak nampak pun muka, cuma balik dari tu baru kawan aku bagitau dia pun naik Broga hari tu, sebab tengok kat video ig dia.  Masa perjalanan turun tu, ingatkan boleh la laju ke apa, tapi tak, mencabar jugak, sebab dia punya curam tu licin, so kalau sape yang lose grip memang boleh tergolek, lagi2 yang pakai kasut yang bukan untuk hiking macam aku. Kena hati2. Masa aku nak turun bukit tu, aku nampak macam2 orang naik, couple, budak2, dan yang aku takleh hadam ada ayah yang bwk anak pakai 'child carrier' tu. OMG. Mengucap panjang aku, aku takleh bayang macam mana dia nak bawak baby naik sekali kat part yang paling curam tu.

Masa nak turun, kteorg kena control grip sebab terlalu licin dan agak sakit kat betis. Tu lah kepentingan kena pakai kasut hiking dan kena ada stick utk hiking. Bila dah turun tu macam tak percaya aku berjaya naik sampai ke puncak. Padahal dekat pertengahan tu aku dah give up sangat2, sebab banyak kali pancit. Aku kesian kat kawan2 aku kena tunggu aku. Bila aku berjaya naik sampai ke atas, aku belajar dalam pelajaran hidup ni, jangan putus asa. Inshallah, Hard work paid off. Aku sendiri tak sangka, dengan kelelahan aku, aku berjaya naik. Alhamdulillah.

Tak pasti berapa lama perjalanan nak turun, yang pasti lebih laju dari nak naiklah. HAHAHA. Turun je dari situ, kteorg pun pergi mandi kat Sungai Tekala, 25 minit dari situ. Bayaran dia Rm2 je masuk situ. Ingatkan dah habis hiking, rupanya nak dapat port best kena naik lagi kat atas. Barulah jumpa air terjun. Kalau mandi kat bawah tu cetek sangat.  Diorang cakap, dah alang2 baju kotor masa hiking, baik pergi mandi kat Sungai. So far sungai dia takde lah bersih sangat. Tapi puas hatilah mandi, memang sejuk. Nak2 time tu pagi. Oh ya, kteorg gerak nak pergi ke Sg Tekala tu pukul 9 pagi.

Memandangkan Kak Ogy nak kejar pergi kenduri kteorang pun tak boleh terlalu lama kat situ, dalam pukul 11 lebih kteorg gerak balik ke Shah Alam. Perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih memakan masa sejam je or lebih sikit.

Sampai dalam pukul 1, Balik tu apalagi, siap je solat Zohor terus ZzZzZz.














































Ni kat Sunggai Tekala. Sorry gambar berterabur takde masa nak susun. 




Monday, September 9, 2019

Trip to Ipoh

The purpose nak pergi Ipoh is actually sebab cousin aku nak kawen je. Aku pun tak terfikir nak pergi dan nak drive pergi balik. Kalau ikutkan hati memang malas nak pergi, Tapi disebabkan permintaan mak aku yang nak sangat pergi sana aku turutkan jua. Biarpun mula2 plan nak pergi dengan kereta adik aku sebab ramai nak ikut, yang akhirnya naik kereta viva la vida ni jugak.

Mak aku bertolak dari Pahang pukul 12.30 malam. Sampai pukul 5 pagi. Aku sengaja suruh mak aku turun dekat Terminal 17 sebab senang nak amek. Memang tak lama pun, dalam 15 minit je dari rumah aku. Setibanya mak aku ke rumah aku, aku memang dah tak boleh tidur, lagipun dah masuk waktu Subuh pun bila sampai rumah aku. Lepas siap Solat Subuh, aku nak tidur kejap tapi tak lena pun sebab macam tak percaya aku yang kena drive pergi Ipoh. Pergi balik. Sebelum ni aku pernah je drive sorang (tapi still berteman) paling jauh pun Kuantan. Never tot nak drive pergi Ipoh yang aku sendiri tak tau perjalanan dia macam mana. Kalau pergi Kuantan, dah boleh predict jalan dia macam mana, jam kat mana,

So aku pun gamble semua tu,gerak dalam pukul 9 pagi lagi, Aku pun bukanlah tahu menahu sangat pasal jalan, tapi yang pasti maps bawak aku lalu ikut Subang Jaya, then Damansara terus pergi ke Highway. Masa tu aku pun tak berapa sure, betul ke maps bawak aku pergi Ipoh ni? tapi since dah nampak signboard Tangjung Malim, okay im pretty sure memang aku nak ke Ipoh. Ya Allah, baru je nak gerak ke Ipoh aku dah menguap mengantuk gilaa. Aku rasa nak minum kopi, tapi takut sakit perut tengah jalan. So, aku pun minum air masak dia tiga kali sampai aku nak buang air kecil. Aku pun stop la dekat station gas  Shell aku pun tak berapa pasti kat mana. Aku ni kalau bab2 jalan aishhh. Time aku  nak masuk toilet tu aku dah kena beratur panjang. Ikutkan hati macam nak blah je. Tapi sebab dah tak tahan, beratur jelahh panjang, masa aku beratur tu dah panjang, tapi lagi panjang lepas aku beratur. Hahahahaha.

Okay, aku dah diberi amaran dengan Abang Sharun, "kalau pergi Ipoh, kau mesti singgah kat Tapah, perjalanan nak sampai ke Tapah tuuu panjang..." Sekarang aku dah faham apa yang abang Sharun maksudkan, nak sampai ke Tapah tu bukan panjang sebab dia jauh sangat, masalahnya sebab jam dia teruk gilaaa. Patutlah ada orang sanggup patah balik. Yang aku dah berkelip2 mata drive, tengah hari pulak tu, takut microsleep je. Dah sampai kat RNR Tapah tu, aku tengok jalan nak masuk je dah jam apatah lagi aku nak masuk, aku batalkan niat konon nak stop lelap barang dua tiga minit. Jalan pun smooth sikit lepas tu, tapi tak lama. Aku pun takleh nak stop sangat, mengenangkan aku kena kejar majlis kenduri. Alhamdulillah, I made it reached around 1pm.

Kepala aku berdenyut denyut sebab menahan tidur sepanjang perjalanan, sampai je dekat kenduri tu, apa lagi tak sempat jumpa mak2 sedara nak bersalam, aku cari nasi dulu sebab lapar sangat. Sebelum gerak dari KL tak sempat nak breakfast. Time tu pulak lah mak aku nak jejak kasih. Yelah masing2 tak pernah jumpa. Lepas je makan, mak aku pun apalagi bila jumpa sanak sedara, bersembanglah dia, yang aku dah tak tahan, nasib kat situ ada surau, aku pun cuba baring dekat situ, tapi tak lelap jugak, last sekali aku amek wuduk solat Jamak Qasar Takdim, dan dengan telekung2 tu jugak aku tidur sekali, tanpa aku sedar ramai pulak orang solat kat situ, lalu dikejutkan oleh adik aku. Baru aku perasan ramai orang rupanya. Aku pun tak boleh nak sambung tidur balik. Aku disapa oleh cousin aku, actually aku pun tak tau dia cousin aku, dia pun tanya aku anak ke berapa ? dan cerita bla bla bla..aku tak berapa rapat dengan keluarga sebelah mak aku, sebab aku lebih banyak kenal dengan keluarga belah ayah aku. 6 tahun aku dibesarkan di Kuala Lumpur manalah aku cam sangat diorang,
Aku tak biasa main dengan diorang pun masa kecik2.

Selesai je majlis, umi ajak pergi rumah atok sedara kat situ. Sempatlah jenguk sekejap, pastu umi cakap kita tido kat Bukit Merah. Aku pun whining dalam hati, 'Umi....akak sakit kepala sangat2 ni. "
Tapi aku turutkan juga walaupun perjalanan memakan masa sejam lebih nak sampai. Tapi bila dah sampai. Ya Allah, tak terungkap cantiknyaa view dekat kampung, dikelilingi dengan sawah bendang kiri dan kanan. Subhanallah. Tiba2 penat tu hilang seketika, sampai dekat situ dah tak ingat apa, asyik mengurut kepala yang berdenyut denyut dari petang tadi. Lepas makan panadol, mak cik aku suruh naik atas tidur. Ya Allah dapat tidur kat situ lagi nikmat, bilik dahla ada 'aircond', kipas lagi. Apalagi tidur jelah. Sedar2 dah pukul 3 pagi. Masa tu la sibuk nak mandi, dan solat Jamak Maghrib dengan Isya'. Lepastu continue tidur balik.

Pagi tu bangun menikmati keindahan panorama sawah bendang, ya Allah indah gila ciptaanNya. Dah siap mandi, kteorg di jamu kuey tiow kungfu, pulut ikan masin dengan kuih ketayap. Ya Allah, best gila. Rasa nak stay lama dekat situ tapi memandang kteorg ada plan lain, kenalah gerak balik petang tu. Sempatlah jalan2 sekejap dekat bandar Taiping. Nak masuk Zoo Taiping tak boleh sebab terlalu jam, lepastu kteorg pun pergilah ke Kuala Sepetang pekena Mee Bandung. Rasa dia memang perggh sedap gila. Aku yang tak suka mee pun boleh makan.

Aku rindu gila nak pergi sini. Harap kalau ada kesempatan lagi boleh pergi satu family. InshaAllah, Ameen.





Love gila konsep open living room, ruang tamu dia, feeling macam omputih gitu





 Mee udang Rm20 kat Kuala Sepetang

Monday, August 19, 2019

Love yourself

Hi guys,
Baru2 ni aku bercerita dengan rakan sekerja yang tak berapa rapat sangatlah,,
aku bertanya dia berapa lama lagi dia nak bersalin? Dan dia pun berceritalah bla bla bla pasal kandungan dia, tanpa semena mena dia bertanya aku.
"Fathiah umur berapa?"
Aku pun jawablah "27".
"Lambat dah tu."

Wah dalam hati aku bergelojak nak cakap dengan dia, bukan aku tak nak kawen, belum masanya lagi..!!! tapi aku sabarkan hati. Perkara2 macam tu dah jadi kebiasaan bagi aku. Balik kampung mak cik pak cik tanya, atok sedara tanya. Aku pun buat tuli je. Cuma kebelakangan ini, aku rasa terkesan, rasa sakit.

Tahu tak korang? Bila korang bertanya macam tu mungkin tidak ada niat nak sakitkan hati, padahal korang nak bergurau je. Tapi macam aku, aku berdepan dengan perasaan yang tergantung dalam perhubungan, menunggu di mana pengakhirnya, tertipu dengan perasaan sendiri, sebab rasa dia macam betul2 suka kat kita but in the end of the day dia just friendzone kita. Dan tatkala aku buka kan hati untuk menerima seseorang yang pada aku "biasa2" sahaja, bila aku inginkan hubungan tu lebih serius dia cuma friendzone kan aku pulak. Tahukan korang betapa banyaknya aku struggle dengan segala penipuan dan harapan palsu dari sang lelaki. Dan ada juga yang konon nampak macam serius but when it come to action, dia tetiba tak muncul2. Belum lagi jumpa lelaki hidung belang.

Alahai penatnya hati ni sakit. That's why, aku paham kenapa orang tak suka bila bertanya 'bila kau nak kawen?"

Aku menangis jugak mengenang nasib diri. Aku anak perempuan sulung yang masih belum berkahwin. Ya Allah, betapa tingginya harapan mak aku nak tengok anak dia kawen.

Buat masa ni, Im cuba nak heal myself. Rasa kecewa. Rasa kosong ni hidup dalam diri.
Tapi bila difikirkan2 kembali, kalau aku kawen pun, mampukan aku pertahankan sebuah perkahwinan, lagi2 banyak dugaan dalam perkahwinan.

Mungkin aku kena mencintai diri aku dulu lebih dari mencintai orang lain. Aku kena tengok betapa banyaknya rezeki aku kat tempat lain selain dari melihat apa yang aku takde.

Aku menangis juga, menagih simpati manusia supaya jangan kecewakan aku.
ibarat aku nak terjatuh dari sebuah bangunan dan berpaut pada tangan manusia supaya tidak terjatuh ke bawah, Malangnya dia membiarkan aku jatuh.


Dan sekarang, tidak boleh tidak untuk aku menyayangi diri aku sendiri..


Monday, July 29, 2019

Delloyd

Tahun ni menjejaki tahun ketiga aku merantau. Banyak pengalaman suka duka ketika  berada  di sini.
Aku masih ingat ketika mula2 aku nak merantau. Ya Allah, Hanya Tuhan Yang Tahu cabaran dia. 
Dari mengharapkan seorang kawan yang akhirnya tidak menjadi seperti yang kita sangkakan.

Tapi perancangan Allah itu lagi Maha Hebat. 
Aku teruskan juga untuk berjuang. Buat pertama kali, setelah sekian lama aku tidak berjuang dengan hidup aku.Kalau kat Kuantan dulu, aku terperuk dalam 'comfort zone'. Dan kali ini aku nekad untuk keluar dari comfort zone.

Rasanya permulaan aku merantau, hanya tangisan air mata yang menemani aku. Dan segala pengharapan hanya kepada Allah. Aku tak mengharapkan kaum keluarga aku even abang aku pun berada kat KL. 

Bila orang bertanya, macam mana aku boleh kerja kat Delloyd?
Aku pasti tersenyum sendiri. Mengenangkan jodoh aku dengan Delloyd begitu kuat.
Dalam hati, aku cuma cakap aku tak lama kerja kat sini. Tup tup dah masuk tahun ketiga.

Masa awal2 aku kerja kat sini, aku ni menyombong sikit. Kalau boleh tak nak amek tau pasal orang sekeliling, sebab tak suka busybody. Bagi aku, aku nak seperate kan kerja dengan life aku. Datang kerja just buat kerja pastu balik kerja. Aku tak nak bawak hal segala mak nenek cerita pasal kerja dalam kehidupan harian aku. 

But, its turn out. Diorang sangat2 mengambil berat pasal aku. Macam mana aku datang kerja, duduk dengan siapa, even kalau boleh nak offer duduk rumah sekali. Aku pun tak terfikir diorang akan layann aku sebegitu rupa. Ya Allah sesungguhnya kau yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.
Padahal, aku terlalu kesunyian berada di perantauan. Diorang anggap aku macam keluarga diorang sendiri. Masa tu ,aku takde kereta nak pergi kerja. Nak berjalan2 apatah lagi. Tapi Allah anugerahkan aku kawan2 yang sedia menolong aku bila aku minta.

Struggle is real. Macam2 orang aku jumpa. Masa tu aku sikit 'hot' la maybe. Bukan nak bangga2. 
Tapi aku baru terasa betapa tak seronoknya jadi 'hot' masa tu. Bila lelaki kejar2 kau. Tergila2 kan kau, kadang2 lelaki orang pun sama je. Ya Tuhan gangguan masa tu terlalu dasyat. 

Tapi alhamdulillah la, aku pun dah gemuk sekarang,so takde lagi orang kacau aku.

Masa awal2 datang sini, sambil2 menangis Coldplay lah yang menemani aku.
' light will guide you home, and ignite your bones, i will try to fix you '
bait2 lagu "Fix You " aku teliti satu persatu. 
Walaupun aku tak nampak mana penghujung cerita aku kerana aku masih baru dekat Delloyd tu aku yakin masa akan betulkan segalanya.

Sehinggalah lama kelamaan, aku dah jatuh cinta dengan Delloyd. Delloyd dah macam keluarga aku, rumah kedua aku. Bila balik kampung je, aku teringat kawan2 kat sini. Rindu sangat..


Tapi bila dah masuk tahun ketiga,
Aku dah mula rasa hambar. Aku tak gian lagi nak o.t. 
Kawan2 pun dah ramai yang berhenti.
Aku rasa down.

Tadi, kawan aku seorang lagi berhenti. Dia peluk dan minta maaf. 
Sempat dia bisik kat aku.
" Jangan terlalu lama kat sini."

Lagilah aku mula memikir2 nak cari tempat baru. Tapi, apakan daya masa belum sesuai.


Aku selalu terfikir,
kalau aku tinggalkan Delloyd, walaupun sekadar kerja kilang,
ada ke tempat sebaik ni?
Yang kawan2 dia seperti keluarga aku sendiri?
Yang ada bila aku susah dan senang.

You'll be missed.


Sunday, July 28, 2019

Listen

Can  I trust my heart more than anything?
Can I choose my path even people go against?
Can I let people says anything about me?
It's the matter of me.

I choose what I want to choose.
People can lead me.
But people dont know me.

The one who goes through the storm and thunder.
The one who cried in silent.
The one who carry the burden you dont even see.
The one who plead to stay patience.

For a people who'll say:
Look! what i told you is the right things.
I dont care.
And I wont care.

I dont even judge you.
For what you had chose.
I pray for you even more.

You also made a mistake.
You dont even know you going to have a better future?

You choose what you want to choose.
And I go with what I want to choose.



Sunday, June 16, 2019

Leaving

Minggu ni , i mean sebelum raya lagi aku dah start rasa malas nak kerja:
Malas nak o.t. Masa puasa tu, badan terasa penat. Kali ni, balik
je dari raya aku dah start malas. Mungkin mood raya still tak habis
pastu aku gerak dari Kuantan ke KL hari Sabtu lagi, malas sabtu
pun berjalan lagi, hari Ahad bantai pergi Ikea dari pukul 11 smpailah pukul 4
.
phew. nasib masih musafir lagi, so boleh Jama'  Qasar Takhir je. Balik ke dari
ikea, kteorg beraya lagi. huh sakan gila raya tahun ni, tapi tak best tak
dapat join diorg beraya lagi, hari isnin tu. Malam tu pulak umi masak sambal petai
pegh, tak jadi nak gerak petang. Penyudahnya pukul 9 baru aku gerak dari Selayang.

Tak taulah kenapa, aku dah malas nak ot. Padahal aku mesti pulun ot kaw2 sbb nak duit tambahan..
tapi tak utk kali ni, aku macam dah tak kesah dah berapa aku dapat. Dan minggu ni pun alu
sengaja tak nak ot hari sabtu. Entah kenapa aku rasa, kenapa aku perlu hambakan masa aku utk kerja? Sedangkan duit tak pernah cukup. Bayangkan setiap hari aku lerja dari pukul 8 smpai pukul 8. Hari sabtu kerja lagi macam aku takde life. Usia aku terbuang di situ.

Tak nafikan, ni la tempat kerja aku yang paling best aku pernah kerja.
Kadang2 kat tempat kerja, hari2 aku termenung. Memikirkan desakan jiwa yang dah mula bosan buat perkara yang sama. Tidak bersyukurkah aku? Aku dapat kawan kerja yang baik, boleh cover kerja kita, selalu kerjasama, gila2, kalau aku pilih utk mencari kerja lain. Adakah aku akan jumpa dengan orang2 begitu yang aku anggap macam keluarga aku sendiri. Susah senang aku banyak dengan diorg dan pengalaman ni mungkin aku takkan jumpa kt mana2. Macam mana diorang ambik berat pasal aku, sedia menolong ketika susah, kadang takde kereta, diorang tumpangkan.
Main badminton setiap jumaat. Bahan membahan tapi sikit pun tak amek hati. Dah menjadi kebiasaan kteorg. Mana nak cari culture macam ni?

Aku pasti rindu dengan diorang semua. Hampir setahun 6 bulan disini. Banyak sangat kenangan yang berharga. Yang takkan aku lupakan, tapi setiap hari aku terasa bosan buat benda yg sama, aku nak improvement, as times goes by im getting older.  ðŸ˜«

Saturday, June 15, 2019

Hari Raya Tanpa Abah

Aku masih ingat tahun lepas, memandangkan gaji aku sedikit lewat so aku belum beli apa2 persiapan utk raya, abah pun hulurkan duit dekat aku, aku cakap tak payahlah, then abah cakap "ambiklah ada hutang hari tu." Dengar je abah cakap macam tu, air mata hampir keluar saat itu. Masakan ada hutang ayah dengan anak dia, sedangkan aku yang banyak berhutang dengan dia. Aku berkeras menolak duit yang abah hulurkan tu. Abah pun berlalu pergi macam tu je.

Aku ingat, dia beria 'alter' baju jubah putih dia, aku malas nak fikir apa2, aku tau abah suka pakai jubah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Tahun lepas dia nak berjubah putih sedangkan tahun2 lepas dia tak kesah pun nak pakai baju ikut tema. Even umi dah belikan kurta utk dia, dia tetap tak nak pakai, lalu diberikan kpd abang aku.

Ya Allah terasa cepat masa berlalu, masih ingat lagi peristiwa raya tahun lepas. Ketika dia masih di sisi, betapa riuh rendahnya dia, itu dan ini. Kadang2 terasa annoying juga. Tapi bila dah takde rindu juga. Kalau dekat rumah tu aku tak berani bersendiri. Aku pasti teringat, dia buka pintu bilik. Walaupun aku sudah redha dengan ketentuan.

Raya pertama, kita ke kubur abah. Muaz buat tahlil pendek. Muaz adik yang aku banggakan, selama ni aku rasakan dialah paling manja rupanya dialah harapan keluarga. Aku masih ingat dia yang sembahyangi abah. Betapa kuatnya dia melawan perasaan. Betapa kuatnya dia menerima hakikat, sedangkan dialah yang hari2 ikut abah pergi masjid di setiap 5 waktu. Dan masih aku ingat ketika dia masih kecil dia menjadi makmum abah. Seawal usia 4 @ 5 tahun. Muaz mmg suka ikut abah sembahyang. Rupanya dia ada minat mendalami agama. Padahal, abah tak dapat nak ajar Muaz mengaji sebab dia dah tak nampak.

Raya kali ni terasa berbeza,
Bila berlaku hakikat ini,
Terasa hidup ini tidak panjang
Untuk membenci sesiapa
Untuk menyakiti sesiapa,
Memaafkan adalah yang terindah.

Taqabballahuminnawaminkum.


Sunday, January 13, 2019

Fathiah

Masa dulu2 nama aku adalah nama yang paling strange. Paling susah nak disebut, kalau ada yang dekat2 nama aku pun Fatiha, aku rasa alienated sangat nama aku.  Kalau ada yang nak panggil nama aku pun, mesti tersalah2. So thats why masa aku sekolah menengah diorang start panggil aku tieah as in my name is fathiah, not fatihah or whatsoever. Masa sekolah rendah, adalah sorang kawan aku nama dia fateyah, tp lain jugak pronouciation dia. So aku tak rasa tersilap pun bila orang panggil dia dengan panggil aku.

Sampailah aku mengajar dekat tadika smart reader. Aku terjumpa sorang budak ni nama dia Fathia. Dan aku perlu panggil dia Fathia jugak. Thats feeling. Ya Tuhan rasa macam panggil diri sendiri kot.

Anak murid aku ni, dia ni sangat gedik, manja, kuat melawan pulak tu. At first, masa aku took over class, terpaksa jugaklah melayan kerenah dia, dan cikgu dia yang dulu pun melayan jugak. Tapi cara aku memang lain, aku jenis tegas. Sampai aku terpaksa menghukum  dia duduk kat luar kelas demi mendidik dia. Semenjak dari itulah dia mula dengar cakap aku. And she knows how to say " sorry teacher"
Dia dah mula takut dengan aku. Hormat dengan aku. No more cringe dengan aku. Dalam usia dia 3 tahun, she knows to be disciplined sedangkan masa awal2 aku mengajar dia. Beg dia suka tinggal rata2.
Aku biasa marah dia sebab dia ni a bit dengil dan nakal. Then, my click cakap,
"Apa perasaan you bila marah dengan nama you sendiri, you ada terasa tak marah diri you sendiri? "
Pertanyaan tu buat aku tergelak sendiri. Betul jugak kan. Teacher Fathiah marah Fathia. 

Tot dapat lari dari orang yang sama nama dengan aku. Rupa2 nya masuk kat Delloyd ada jugak org sama nama dengan aku. Cuma ejaan je lain. Aku ingatkan main2 je diorg cakap, rupanya betul. Boleh pulak tu related pulak kerja kteorg, dia buat picking list aku print mrn which keluarkan barang picking list dari system. Masa mula2 aku boleh adapt je persamaan kteorg, tiada yang mengelirukan sebab dia duduk department lain, dan tingkat atas. Lepas je, management arahkan diorang (ppc department) pindah ke satu department kteorg. Mula hura2. Nak panggil apa. Kadang orang panggil dia, aku yang jawab,kadang org panggil aku dia yg jawab, kadang2 dua jawab, kadang2 dua2 buat tak tahu. Kadang2 diorg panggil dia Fathiah G since dia gemuk sikit drpd aku, kadang2 panggil fathiah ppc, aku fathiah cd. Pernak jugak lah confuse punya pasal org datang cari dia, tp jumpa aku. I bet org pun confuse fathiah yang mana satu.

Tp tak lama pun, fathiah ppc dah berhenti. Dia sangat2 kelakar orangnya, menghiburkan hati kteorg dgn nyanyian dia, lawak dia, cakap tamil cakap cina ada bunyi tp satu pun tak betul. Aku rindu kat dia, nak2 time dia buat lawak, aku pun bising jugak tp bila takde mood aku diam je. Tak macam dia, happy go lucky je. Kena sound pun buat bodoh je.

So this is the picture yang aku ada dengan dia. I treasure a lot although nampak buncit di situ, ni masa family day kteorg tahun lepas kat icity.

Tuesday, January 1, 2019

New Year, New Hope

Bismillahirrahmanirrahim..
Tahun baru, moga permulaan yang baik dan pengakhiran yang baik.
Cakap pasal tahun baru, mesti nak tanya apa azam utk tahun ni.
Well, for me. Aku dah tak nak mintak nak kurus dah ada. Aku harap masih di panjangkan umur, dipertemukan jodoh dengan orang yang betul2 utk aku. Kerja baru (mungkin), travel, kalau ada rezeki nak buat bisnes. InshaAllah. Ameen.

Rasanya, dalam menjangkau usia 27 ni. Aku dah ready utk berkahwin. Utk berkeluarga. Disamping tu, nak kuat beribadah, nak tingkatkan amal, dekatkan diri dengan Allah. Ameen.

Tu kalau cakap pasal resolution, tercapai atau tak tu lain kira. At least aku ada cita2.

For the first time in my life sambut new year dengan budak2 ni. Aku pun never tot nak sambut pun sebenarnya, tapi sebab kawan aku dah beria ajak, so apalagi. Kteorg ke Icity!

Memang pemandangan yang indah dan tak dapat nak lupakan. Aku tak pernah sambut new year sebenarnya, tapi bila dapat merasa syok pulak dengan kawan2.






Setinggi tinggi pengharapan aku utk tahun ini. Janganlah ada duka. Dan moga yang baik2 datang. Ameen.

Total Pageviews