<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Tuesday, May 26, 2020

Fasting during MCO

Tak tau kenapa perasaan puasa kali ni sangat berbeza. Mungkin sebab MCO.
Aku dah start rindu. Mungkin ini berlaku sekali dalam seumur hidup. Harap2 biarlah sekali je yang kena. Tak sanggup aku beraya di perantauan.

Start puasa masa PKP, so tak terasa sangat, sebab takyah pergi kerja. Tak terasa penat pun, sebab selalu je makan lewat. Masa MCO ni, aku dengan adik aku bergilir gilir masa. So, bila turn dia masak, nak kat pukul 4 ke pukul 5 baru boleh makan. So, aku dah biasa dah. Tak heran pun bila kena puasa.

Masa sebelum government bagi PKPB, aku dah kena kerja. Minggu2 akhir nak habis PKP tu aku dah kena kerja. Entah kenapa, macam tak terasa sangat, mungkin sebab kantin tak bukak, dan tak boleh keluar beli makanan kot masa tu. Bos aku nasihatkan kteorg bawak makanan sendiri. Kekadang tak sempat nak masak pagi, so aku paksa relakan tidak makan satu hari. SO no different sangatlah puasa ke tak puasa ke time tu.

Yang paling ajaibnya tahun ni, aku boleh sahur. Compared to all those years, aku selalu malas nak sahur, 1) sebab malas nak bangun. Yelah kan sebab penat bekerja. 2) tak nak gemuk.
Tak tau kenapa this year, aku boleh jadi dengan sendirinya bangun sahur.  Masak lagi.
Bila aku sahur, aku dapat rasa yang badan aku bertenaga sepanjang puasa berbanding tak sahur.
Dulu masa aku tak sahur, aku selalu lemau. Dan orang semua perasan, puasa je aku jadi pendiam pastu moody je.

Subahanallah, ni lah hikmahnya.

Semenjak MCO ni, since takde dah orang jual2, kteorg selalu masak kat rumah. Sebelum balik kerja je, dah kena fikir nak masak apa. Penat sebenarnya, kekadang ketandusan idea nak masak apa. Sekarang barulah aku faham betapa struggle nya ibu ibu atau mana2 perempuan perempuan yang berkahwin nak juggle dari balik kerja dan masak. Ya Allah, hats off kat diorang.

Kadang2 aku cheat jugak, bila time gaji ke, ada duit lebih sikit, order je MCD, Pizza. Malas nak masak punya pasal. Yelah, dulu2, balik kerja beli je apa yang jual kat depan rumah aku ni, pastu bukalah. Kadang satu jenis makanan je, Pernah beli kuih muih, last2 tak hbis pun makan.


Bestnya time MCO ni, walaupun kena kerja tapi kteorg dipaksa bercuti, dalam seminggu tu ada 3 hari je kena kerja. Memang kalau ikutkan hati geram jugak, sebab company nak tolak gaji punya pasal. Tapi at the same time, aku dah rasa malas nak kerja. Sebab dah terbiasa cuti lebih dari sebulan hari tu.


Tarawikh kali ni sangat berbeza, aku pun sebenarnya agak malas nak tarawikh, tahun lepas pun, pergi bila ada mood, ada kawan. So this year, memang kena buat sendiri. Entah kenapa, bila kena buat sendiri mungkin lagi fleksible time dia, so aku cuba buat tarawikh walaupun rasa macam culas. Aku bukan baik guys. Aku struggle jugak nak lawan penyakit malas aku ni.

Semuanya bila aku tergerak hati, bila kak wawa cerita yang dia buat solat tarawikh. Padahal waktu tu bos aku kejar dia buat kerja time kat rumah. Dan hari tu hari pertama puasa, dia cuba nak buat walaupun nak pukul 12 malam dah time tu.

Dari situ aku dapat kesedaran, kenapa kak wawa boleh buat, aku yang free ni tak nak buat?
Kenapa aku nak bazirkan Ramadhan aku? Alasan apa lagi.


Raya this year, memanglah totally berbeza. Everyone knows kita tak boleh balik raya. Baju raya pun ala kadar, aku pakai baju dinner tahun ni. Memang nak beli baju raya, tapi bila dengar budak ofis aku cakap, packed gila dekat seksyen 7 nak beli baju raya. So, aku batalkan jelah niat nak beli baju raya. So, takde post gmbr baju raya tahun ni.  Dan since aku punya pipi dah terlalu chubby aku pun macam malasnya nak tangkap gambar.


Bila habis puasa tahun ni, ya Allah terasa kejapnya masa berlalu, aku rindu sangat time sahur tengok citer Geum Sa wol kat kbs pastu terus gi kerja. Balik tu masak pulak. Struggle sampai akhir ramadan aku tak sedar. Aku rinduu. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan ramadan akan datang. Ameen.
Terimalah gambar raya yang tak semenggah mana

Sunday, April 19, 2020

PKP

Hi everything! (Ahaha if you know what i mean)

Dah lama nak menulis sebenarnya, but asyik terhalang sebab takde mood.
Menulis to me adalah penting utk ada mood.

So, i nak share apa yg i buat during mco ni.

Sebenarnya aku ( tukar karakter) aku adalah manusia paling malas nak masak, tak suka masak. I know kalau lapar terus nak makan. Bila adanya PKP ni, sebab malas juga nak keluar,dan alhamdulillah ada beli barang dapur sebelum kena perintah kawalan pergerakan. So, we all cook je apa yg ada. Start dengan adik aku masak dan kteorg gilir2 lepastu

Dia jadi seronok bila aku suka nak try resepi baru, dan bila masak menjadi pulak. So ini adalah episod hidup aku yang paling banyak masak. Kalau dulu setiap minggu kalau rajin, tapi kalau malas. P keluaq beli kat luaq jugak. Yelah, dari kau nak masak satu dish kat berbelas ringgit, boleh dapat nasi kukus ayam, baik beli dah siap. Tapi exceptional kalau aku teringin makan itu atau ini yang aku rasa tak dapat kat luar sana. Mcm adalah masakan tu takde jual, so aku lebih rela masak sendiri.

Lama kelamaan jadi seronok juga. Kalau dah kawen ni mmg isteri mithali la kot. Haha.

So hari ni, aku try buat nasi minyak. Dulu aku tau, request kat umi then umi masak. Bukak periuk nasi, makan je. Tetiba hari ni nak cuba buat, barulah tau berapa nak letak ghee, minyak masak, susu cair time bila, kena tmbh air ke dak. Allahu.. Smpai vc la citer dia. But i proud myself. Jadi! Walaupun terlajak letak bawang. Ahahaha.

Inilah kejadiannya

Nak tunggu kawen tak tau bila. Buat sendiri dulu lah. Smbil makan smbil puji diri, wah lepas ni boleh la aku masak kat mak aku pulak. 

Masa ni baru nak asah skill. Banyak sebenarnya aku try resepi baru, pancake yang tak pernah aku buat, Phad kra pow. Sedap gilaa. Corn dog. Yg lain2 aku biasa masak, tapi dah lama tak masak. 

Yang pasti aku dah mula berangan nak beli pan, non stick pan. Oven. Mixer. Gilaa lah. I dream of perfect kitchen. Sebab i never tot nak belajar masak pun. Aku selalu balik kampung tolong basuh pinggan, potong2. Nak masak, idok ler.

Sekarang aku rindu gila nak balik kampung, nak masak utk umi pulak, bagi umi rehat.

Btw, aku pernah la, umi suruh masak dulu, so aku pun pretend tido sebab tak nak masak, last2 kena bebel. " Susah betul nak rasa masakan anak." Bebel mak aku.

Apa yang aku buat time Pkp ni selain memasak, exercise, then tengok korea drama, movie. Dan sekarang, aku ada sleep deprive. Nak kena tune balik tido aku.

Rite now dah 3.19am, still takleh tido. Esok kena kerja. Adoii. 

Okaylah. Nak cuba tido
 Bye





Total Pageviews