<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Monday, September 16, 2019

Hiking to Broga Hill

Hi guys, entry kali ni aku nak share pasal panjat bukit Broga. Terlebih dahulu aku nak bagitau, aku bukanlah hiker yang kental. Sebab aku tau, aku ni memang cepat semput, stamina low dan tak berapa suka sangatlah aktiviti kesihatan macam ni. Aku tak rasa nak panjat bukit Broga ni.

Tapi ni semua idea aku.
Bermula dengan kawan aku yang ajak naik bukit kat Taman Rakyat dekat je dengan rumah aku, maka tercetuslah idea nak naik Broga. Confident aku tinggi gila nak naik bukit ni. Tak terfikir pulak alasan alasan aku yang sebelum ni.
The main reason is, aku nak utilize cuti aku 3 hari dari mereput tak buat pape so why not kita pergi hiking! Yang kebetulan kawan aku just ajak panjat bukit dekat je dengan rumah aku. Aku pun fikir, dari panjat bukit dekat rumah aku ni, minggu biasa pun boleh. Why not aku gunakan cuti tu pergi buat aktiviti.

So here we go.
Pagi ahad kteorg bangun pukul 2.30 bersiap siap. Plan nak pergi pukul 3.30 pagi. So punyalah cuak ni kali kedua aku pergi hiking. Sebelum ni aku pernah naik bukit kat Pulau Perhentian. So aku ingat aku lepaslah naik bukit macam ni. Keluar pukul 3.30 pagi, kteorg mula gerak pergi amek Kak Ogy kat Sg. Kandis, so dalam pukul 4 pagi tu baru gerak pergi ke Semenyih ikut Rawang tak silap. Adalah sesat sikit, so sepatutnya perjalanan sampai awal sikit, tapi jadi lambat sikit. So, kteorg smpai nak dekat pukul 5 jugaklah.  Sampai je dari situ ramai jugaklah hikers dah ready ada kat situ. Kteorg pun mulakan langkah.

Ya Allah, aku berdebar2 gila masa tu, teringat apa yang abang Amir cerita, pernah cousin dia yang rajin pergi hiking tak silap aku pergi Broga jugaklah. Bawak balik 'benda', sampai kat rumah kena kacau, meracau2 dan semenjak dari tu cousin dia tak pergi hiking. Benda tu bermain2 dalam otak aku. Takut jugak sebenarnya. Sehari sebelum tu, abang Amir duk usik2 aku pasal hantu. Kuang ajar gila diaa. Tau tak aku punya gabra sampai malam nak naik tu aku takleh tido! Abang Amir siap pesan jangan pandang atas lah, kalau nampak apa2 jangan tegurlah. Tu yang buat aku mula fikir bukan2.


Memang gelap gelita gila. Baru je naik aku dah tercungap2. Aku tau aku ni lelah. Nafas aku kuat sangat. Sedangkan kalau hari biasa aku berjalan laju pun dah rasa macam lelah. Mula lah aku nak menyesal, 'kenapalaaah aku nak naik Broga sangaaaat!' But since aku juga yang ajak, aku kena teruskan niat aku tu, Kak Ogy push aku  'jom tieah' . Dan beberapa kali jugaklah aku pancit. Berhenti duduk kejap pun pernah. Pastu kawan aku pesan tak boleh duduk.  Aku malu dengan Kak Ogy yang umurnya 47 tapi stamina dia mengalahkan aku, dia naik bukit tu macam jalan kaki je. Nasib ada Azhar yang sabar duduk belakang aku.

Sampai satu tahap, aku dah rasa nak muntah, aku rasa macam takleh push dah. Limit aku sampai situ je. Aku cakap, aku takleh pergi dah, rasa nak suruh je diorang tinggal kan aku kat situ, curam dia tak berhenti henti. rasa penat sangat. Kak Ogy cakap kat aku lagi ' jom tieah' .
Azhar sabar menemani aku kat belakang. Sambil dia bawak beg aku yang berat berisi, air 2liter. Kesian gila dia. Push punya push sampai kteorg sampai kat chcckpoint pertama, ini pun dah terasa kejayaan besaaaaar sangat ni,. kteorg pun stop kejap solat Subuh.  Menikmati pemandangan bukit Broga yang mataharinya hampir terbit. Waaaah aku tulis ni pun dah terasa rindu. Cantiknya pemandangan ketika itu.

Sampai kat checkpoint pertama, aku dah rasa tak nak naik sampai ke atas lagi. Cukuplah sampai situ je, Azhar pun cakap "aku tak nak balik selagi tak sampai atas". Aku pun teruskan jugaklah perjalanan sampai ke checkpoint kedua.Dah sampai kat atas tu, wah puas hati la posing. Memang orang pun dah ramai bergambar time tu. Kat atas tu banyak batu2 besar, then tengoklah pemandangan dia sampai kebawah,  kteorg tak naik sampai puncak sebab orang terlalu ramai kat situ, memandangkan kawansan puncak tu kecik pulak.  So kteorg pun stop sampai situ je. Lepastu menikmati pemandangan kat situ, sambil makan nugget yang Azhar bawak..Pastu kteorg pun turun ke bawah.

Masa nak turun bawah tu, orang mula ramai naik, dari makci2 budak2 muda. Oh ya, Lizzy (elizabethtan) pun naik time tu jugak, aku tak terserempak pun dengan dia, cuma perasan ada perempuan pakai baju sleeveless kat situ sorang je, tapi tak nampak pun muka, cuma balik dari tu baru kawan aku bagitau dia pun naik Broga hari tu, sebab tengok kat video ig dia.  Masa perjalanan turun tu, ingatkan boleh la laju ke apa, tapi tak, mencabar jugak, sebab dia punya curam tu licin, so kalau sape yang lose grip memang boleh tergolek, lagi2 yang pakai kasut yang bukan untuk hiking macam aku. Kena hati2. Masa aku nak turun bukit tu, aku nampak macam2 orang naik, couple, budak2, dan yang aku takleh hadam ada ayah yang bwk anak pakai 'child carrier' tu. OMG. Mengucap panjang aku, aku takleh bayang macam mana dia nak bawak baby naik sekali kat part yang paling curam tu.

Masa nak turun, kteorg kena control grip sebab terlalu licin dan agak sakit kat betis. Tu lah kepentingan kena pakai kasut hiking dan kena ada stick utk hiking. Bila dah turun tu macam tak percaya aku berjaya naik sampai ke puncak. Padahal dekat pertengahan tu aku dah give up sangat2, sebab banyak kali pancit. Aku kesian kat kawan2 aku kena tunggu aku. Bila aku berjaya naik sampai ke atas, aku belajar dalam pelajaran hidup ni, jangan putus asa. Inshallah, Hard work paid off. Aku sendiri tak sangka, dengan kelelahan aku, aku berjaya naik. Alhamdulillah.

Tak pasti berapa lama perjalanan nak turun, yang pasti lebih laju dari nak naiklah. HAHAHA. Turun je dari situ, kteorg pun pergi mandi kat Sungai Tekala, 25 minit dari situ. Bayaran dia Rm2 je masuk situ. Ingatkan dah habis hiking, rupanya nak dapat port best kena naik lagi kat atas. Barulah jumpa air terjun. Kalau mandi kat bawah tu cetek sangat.  Diorang cakap, dah alang2 baju kotor masa hiking, baik pergi mandi kat Sungai. So far sungai dia takde lah bersih sangat. Tapi puas hatilah mandi, memang sejuk. Nak2 time tu pagi. Oh ya, kteorg gerak nak pergi ke Sg Tekala tu pukul 9 pagi.

Memandangkan Kak Ogy nak kejar pergi kenduri kteorang pun tak boleh terlalu lama kat situ, dalam pukul 11 lebih kteorg gerak balik ke Shah Alam. Perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih memakan masa sejam je or lebih sikit.

Sampai dalam pukul 1, Balik tu apalagi, siap je solat Zohor terus ZzZzZz.














































Ni kat Sunggai Tekala. Sorry gambar berterabur takde masa nak susun. 




Monday, September 9, 2019

Trip to Ipoh

The purpose nak pergi Ipoh is actually sebab cousin aku nak kawen je. Aku pun tak terfikir nak pergi dan nak drive pergi balik. Kalau ikutkan hati memang malas nak pergi, Tapi disebabkan permintaan mak aku yang nak sangat pergi sana aku turutkan jua. Biarpun mula2 plan nak pergi dengan kereta adik aku sebab ramai nak ikut, yang akhirnya naik kereta viva la vida ni jugak.

Mak aku bertolak dari Pahang pukul 12.30 malam. Sampai pukul 5 pagi. Aku sengaja suruh mak aku turun dekat Terminal 17 sebab senang nak amek. Memang tak lama pun, dalam 15 minit je dari rumah aku. Setibanya mak aku ke rumah aku, aku memang dah tak boleh tidur, lagipun dah masuk waktu Subuh pun bila sampai rumah aku. Lepas siap Solat Subuh, aku nak tidur kejap tapi tak lena pun sebab macam tak percaya aku yang kena drive pergi Ipoh. Pergi balik. Sebelum ni aku pernah je drive sorang (tapi still berteman) paling jauh pun Kuantan. Never tot nak drive pergi Ipoh yang aku sendiri tak tau perjalanan dia macam mana. Kalau pergi Kuantan, dah boleh predict jalan dia macam mana, jam kat mana,

So aku pun gamble semua tu,gerak dalam pukul 9 pagi lagi, Aku pun bukanlah tahu menahu sangat pasal jalan, tapi yang pasti maps bawak aku lalu ikut Subang Jaya, then Damansara terus pergi ke Highway. Masa tu aku pun tak berapa sure, betul ke maps bawak aku pergi Ipoh ni? tapi since dah nampak signboard Tangjung Malim, okay im pretty sure memang aku nak ke Ipoh. Ya Allah, baru je nak gerak ke Ipoh aku dah menguap mengantuk gilaa. Aku rasa nak minum kopi, tapi takut sakit perut tengah jalan. So, aku pun minum air masak dia tiga kali sampai aku nak buang air kecil. Aku pun stop la dekat station gas  Shell aku pun tak berapa pasti kat mana. Aku ni kalau bab2 jalan aishhh. Time aku  nak masuk toilet tu aku dah kena beratur panjang. Ikutkan hati macam nak blah je. Tapi sebab dah tak tahan, beratur jelahh panjang, masa aku beratur tu dah panjang, tapi lagi panjang lepas aku beratur. Hahahahaha.

Okay, aku dah diberi amaran dengan Abang Sharun, "kalau pergi Ipoh, kau mesti singgah kat Tapah, perjalanan nak sampai ke Tapah tuuu panjang..." Sekarang aku dah faham apa yang abang Sharun maksudkan, nak sampai ke Tapah tu bukan panjang sebab dia jauh sangat, masalahnya sebab jam dia teruk gilaaa. Patutlah ada orang sanggup patah balik. Yang aku dah berkelip2 mata drive, tengah hari pulak tu, takut microsleep je. Dah sampai kat RNR Tapah tu, aku tengok jalan nak masuk je dah jam apatah lagi aku nak masuk, aku batalkan niat konon nak stop lelap barang dua tiga minit. Jalan pun smooth sikit lepas tu, tapi tak lama. Aku pun takleh nak stop sangat, mengenangkan aku kena kejar majlis kenduri. Alhamdulillah, I made it reached around 1pm.

Kepala aku berdenyut denyut sebab menahan tidur sepanjang perjalanan, sampai je dekat kenduri tu, apa lagi tak sempat jumpa mak2 sedara nak bersalam, aku cari nasi dulu sebab lapar sangat. Sebelum gerak dari KL tak sempat nak breakfast. Time tu pulak lah mak aku nak jejak kasih. Yelah masing2 tak pernah jumpa. Lepas je makan, mak aku pun apalagi bila jumpa sanak sedara, bersembanglah dia, yang aku dah tak tahan, nasib kat situ ada surau, aku pun cuba baring dekat situ, tapi tak lelap jugak, last sekali aku amek wuduk solat Jamak Qasar Takdim, dan dengan telekung2 tu jugak aku tidur sekali, tanpa aku sedar ramai pulak orang solat kat situ, lalu dikejutkan oleh adik aku. Baru aku perasan ramai orang rupanya. Aku pun tak boleh nak sambung tidur balik. Aku disapa oleh cousin aku, actually aku pun tak tau dia cousin aku, dia pun tanya aku anak ke berapa ? dan cerita bla bla bla..aku tak berapa rapat dengan keluarga sebelah mak aku, sebab aku lebih banyak kenal dengan keluarga belah ayah aku. 6 tahun aku dibesarkan di Kuala Lumpur manalah aku cam sangat diorang,
Aku tak biasa main dengan diorang pun masa kecik2.

Selesai je majlis, umi ajak pergi rumah atok sedara kat situ. Sempatlah jenguk sekejap, pastu umi cakap kita tido kat Bukit Merah. Aku pun whining dalam hati, 'Umi....akak sakit kepala sangat2 ni. "
Tapi aku turutkan juga walaupun perjalanan memakan masa sejam lebih nak sampai. Tapi bila dah sampai. Ya Allah, tak terungkap cantiknyaa view dekat kampung, dikelilingi dengan sawah bendang kiri dan kanan. Subhanallah. Tiba2 penat tu hilang seketika, sampai dekat situ dah tak ingat apa, asyik mengurut kepala yang berdenyut denyut dari petang tadi. Lepas makan panadol, mak cik aku suruh naik atas tidur. Ya Allah dapat tidur kat situ lagi nikmat, bilik dahla ada 'aircond', kipas lagi. Apalagi tidur jelah. Sedar2 dah pukul 3 pagi. Masa tu la sibuk nak mandi, dan solat Jamak Maghrib dengan Isya'. Lepastu continue tidur balik.

Pagi tu bangun menikmati keindahan panorama sawah bendang, ya Allah indah gila ciptaanNya. Dah siap mandi, kteorg di jamu kuey tiow kungfu, pulut ikan masin dengan kuih ketayap. Ya Allah, best gila. Rasa nak stay lama dekat situ tapi memandang kteorg ada plan lain, kenalah gerak balik petang tu. Sempatlah jalan2 sekejap dekat bandar Taiping. Nak masuk Zoo Taiping tak boleh sebab terlalu jam, lepastu kteorg pun pergilah ke Kuala Sepetang pekena Mee Bandung. Rasa dia memang perggh sedap gila. Aku yang tak suka mee pun boleh makan.

Aku rindu gila nak pergi sini. Harap kalau ada kesempatan lagi boleh pergi satu family. InshaAllah, Ameen.





Love gila konsep open living room, ruang tamu dia, feeling macam omputih gitu





 Mee udang Rm20 kat Kuala Sepetang

Total Pageviews