<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Thursday, June 30, 2016

Nak kurusss.

I think this year memang beraya dengan overweight lagi la. Rasanya takde pun makan sangat, tapi berat ni naik dengan jayanya.

Tension sebenarnya sebab habis dah kot try macam2 product nak kurus. Tapi tak kurus2 jugak. Ni haa chin ni dah tak tau nak cakap triple ke apaa da.

Padan muka dengan diri sendiri sebab doa bukan2 masa time kurus dulu. Time sekolah dulu aku memang spesies tak naik berat badan, makanlah ape je pun tapi berat still 47, dengan ketinggian 157cm. Bila orang panggil aku kurus dulu2, betul2 aku terasa. Tapi memang kuruslah, aku pun tak suka kalau kurus macam tu. Samapailah aku berdoa pada Alllah minta nak naik berat badan. Memang sungguh sungguh la naik bukan tipu2 lagi.

Start naik berat pada masa sambung belajar kat IIC dulu.  Masa tu kenkonon confident aa makan apa pun tak naik, budak2 rumah aku dan aku kteorg memang kaki makan. Bayangkan dah lepas Dinner pun boleh pegi turun bawah lintas jalan cari nasik goreng lagi. Memang rindu gila time tu. Tiap kali stress je mesti pegi kuar makan.  Rasanya duit aku pun banyak habis dengan makan. Masa tu berat aku dah start naik 55.

setahun lebih kot duduk situ, aku pindah, duduk dekat dengan kolej. Masa tu ekonomi meleset sikit so makan pun tak sekerap dulu. Nasi tu sekali sehari je makan, so memang turun la berat badan time tu, kat 50 jugak aa. Tapi utk ketinggian aku 50 tu dah okay dah.

Balik je Kuantan, apataknya ummi kan masak sedap pastu makan pun tak control, dia pun naik slow2 balik ke 55. Tau tak, masuk je kerja situ,  semua orang tegur.  You, dulu masuk kerja kurus aa, sekarang sudah berisi."  Tak tau nak cakap apa. Cuma mampu bagi alasan aku terlalu bahagia.  Tapi, masa tu pun still lagi maintain, pun ada gak aa telan  fiber yang sumpah tak sedap but boleh la since sistem penghadaman aku tak berjalan dengan lancar. Stress jugak tau, bila semua orang tegur. "You punya berat dah naik aa."

Behind the story of graduation picture

Tell you guys yang baca ni especially budak2 iic. Sebelum grad tu badan aku memang naik dah time tu. Paling ketara la kat perut. Aku pun tak tau kenapa, dia suka naik kat perut tau. Stress nya time tu, dahla nak tangkap gambar bagai.

within short break tu before grad. Aku ada masalah penghadaman, mungkin sebab aku takleh sgt adapt kat tempat orang. So, makan apa je terus nak membuang. then, sampailah aku betul2 kurus. Tapi tak check pun berat aku berapa time tu, yang penting nampak kurus la.
ni gambar masa  grad.
Lepastu,  balik je Kuantan, start naik balik. Yang ni yang oran cakap Yoyo diet.  Berat badan fluctuate kejap naik kejap turun, dia tak maintain.  Lepastu, tahun tu jugak aku putus cinta. Huahuahuahua. Sadis sungguh. Sekali lagi berat aku turun. Masa tu aku tukar kerja kat Smart Reader, awal2 masuk tu sama jugak cerita dia masa kerja kat floor depot.  Semua orang tegur. "You, awal2 masuk kerja dulu kurus, sekarang.." 
Takde gambar sendiri yang clear kurus, tp time ni memang kurus
Pastu, dah lama2 kerja, makan tak control sekali lagi naik berat badan dengan jayanya sampai parents pun tegur. " Teacher mengandung ke?" Ya Allah, malunyaaa. Tapi aku buat tak reti je. Lantak aa orang nak kata apa tapi dalam masa yang sama risau jugak badan yang naik tak reti2 turun. Double yan dah bukan double chin nya tak tau nak panggil apa.  Tak yah citer aa malunya punya nak tangkap gambar, sebab takde confident. Hah, sekarang baru rasa, Tu aa jadi manusia yang tak penah syukur, mintak bukan2 last2...
Okaylah, dah nak sahur ni, Esok sambung lagi.

Sunday, June 26, 2016

Sweet celebration? hmm

Hi peeps.  Terpanggil la nk share personally thought pasal sweet sambutan birthday yang tengah viral sekarang ni. Sorry guys, nak jadi keyboard worrior sikit aa. Bukan apa, aku tak nak gegadis luar sana keep dream on to meet such guys.

Actually, kalau tengok dari apa yang laki tu niatkan untuk sambut birthday girl dia tu adalah untuk balas jasa ataupun pengorbanan perempuan tu selama ni. Tu the bright side la, yelah tak semua perempuan sanggup korban ataupun percaya nak bagi pinjam wang ranggit pada teman lelaki ye dok?  Depend on the faith you  guys ada kat boyfriend korang. Tapi yang part sampai tagged2 boyfriend memang kes naya la. Bayangkan, boyfriend tengah usaha nak halalkan hubungan dengan cari wang hntaran yang nonsense pihak kita mintak, sibuk pulak nak sambut birthday dengan limousin bagai. Haii..kasihanilah bakal2 suami anda.

I'd remember umi penah cakap kat abang aku. "Kau ( my mom biasa cakap aku kau dengan anak beranak) kalau ada kereta jangan tunjuk kat girlfriend kau. " So, since daripada tu aku belajar untuk cuba tak pandang lelaki tu dengan harta. Walaupun ada gak aa gigit jari tengok lelaki pakai kete mewahh. Dahlah kete mewah, handsome pulak. *ni citer korea*
Pernah jugak merasa, masa bercinta dulu.*sekarang dah break* Dia janji nak bagi kereta la. Apa lagi bagai2 nak suh kawen dengan dia. Kenapa aah nafsu aku langsung tak tergugat time tu? *hmmm*

Entahlah, bagi aku la. Bila kita expect kawen dengan orang sebab harta. Tapi bila dah sampai masa kita kawen n kawen dengan orang tu, apa yang dia promise tak jadi kenyataan mula lah nak meroyan. Sebab tu lah jadi kes hantaran tak cukup. Pastu tak jadi kawen. Tu mujur. Abes kalau dah kawen? Apa yang dia janji kau tak dapat, cane kau nak lari? kalau mintak cerai, dah sah2 kau jadi janda, kan?
Tak tau nak kata salah siapa.  Tapi please lah, LELAKI kalau lah ada duit segunung pun, jangan buat bakal isteri awak kawen dengan awak sebab duit. Jangan ajar dia cintai awak sebab harta.Jangan bagi harta ataupun kekayaan sebagai janji untuk dia bahagia. Dan sebagai perempuan jugak, jangan buat diri kita jadi cair bila dia janji nak bagi harta, sebab hidup ni tak semudah itu. Kalau lah kita kawen dengan dia pun sebab harta pastu kita pun miliki kekayaan dia, mungkin kita bahagia sebab duit dia, tapi perasaan tu kalau takde cm mana nak perkahwinan tu bertahan lama. Kalau utk perempuan yg mata duitan mungkin tak kesah. Tapi mesti dia end up mengorbankan perasaan dia sampai  bila2.
Aku tak nak jadi perempuan macam tu. Aku tak sanggup nak hidup dengan orang yang aku tak suka walaupun dia janjikan aku kemewahan. Sebab perkahwinan tu bukan benda main2.

Minta maaf sangat sebab I have to be judgmental. Sebab aku menyampah sangat citer sweet2 kat station tv yang bukan berpaksikan realiti hidup. Aku ni haa? takde pulak orang nak buat cmtu.*kes jeles rupanya* Takdelaa, aku tak nak aa gadis2 kat luar sana mintak ngarut2 kat boyfriend sampai cmtu.Kalau bf berduit pun, let's keep it in discreet way. Tak perlu tayang2 kat orang, maybe its better to keep it to dalam diam. Bukan sahaja keyboard worrior kat dalam alam maya ni ada, fikirlah ada hati2 yang kecewa macam laki2 yang tak mampu bagi semua tu. Fikirlah jugak, perbuatan pegang2 dengan pasangan yang bukan lagi sah tu adalah haram, cara macam tu utk tunjukkan you guys sweet tapi tak kesah hukum hakam.

Sekian. Wabillahitaufiqwalhidayah. Assalamualaikum w.b.t

Saturday, June 25, 2016

Can't Get Over It, again

Sedar tak sedar hampir sebulan dah aku tinggal smart reader. Setakat ni still rehat kat umah lagi, takde la takleh move on cuma of course la sebab hampir 2 tahun jugak la  ajar budak2 kat situ, tipulah takde perasaan rindu.

Terutama yang aku ajar dari 3 years lagi. Ingat lagi, betapa takutnya aku dengan budak2. Walaupun aku masuk smart reader ni sebab rasa minat sendiri, tapi sebenarnya aku tak pandai handle budak2. Nak2 yang ada tamper tantrum. Sumpah memang aku tak tau handle langsung, bila first time aku masuk kelas 3 years tu ada sorang budak tamper tantrum. Langsung takleh tegur sikit pun, yelah 3 years kan. Aku pun masa lima tahun pun takut nak gi sekolah. HAHA. Pastu, mula2 masuk je dah kena handle budak cmni, mau tak cuak bila tengok dia menangis sampai urat2 dia keluar. Pastu dia ada habit suka buat buih2 guna air liur dia bila dia piss off. Last sekali, aku pun mintak tolong teacher Kala settle kan dia since dia tak berhenti menangis.  Rupanya senang je teacher Kala buat just bagi coklat, dah settle. Aku tak terfikir method tu.

Masa mula2 masuk, memandangkan aku punya suara sebenarnya tak berapa nak kuat. Budak2 ni bila aku cakap pun endah tak endah, padahal dah habis jerit ni. Kalau kat radio tu, volume paling kuat sekali aku jerit. Diorang buat tak tau je.  Paling takut time assembly, masyallah.Sepuluh kali suruh line up, sepuluh kali buat tak tau je. Seminggu dua mengajar tadika, suara aku hilang. Penat menjerit. Dan aku rasa aku tak layak jadi guru tadika.

Soon aku fikir, apa aku nak buat kalau tak kerja.Since ada minat nak mengajar budak2. Aku teruskan.  Every challenge  I take it. Korang mesti rasa, alah bukan susah pun jadi cikgu tadika kan? Alah, budak SPM pun boleh mengajar.

Ni ambe nak kabo, dengan bebudak ni korang kena banyak gila bersabar. Kalau korang termarah, diorang complain tak nak datang sekolah, sebab teacher marah, kalau tak marah, takkan nak biar diorang teruskan buat salah.  Bebudak ni sentiasa nak kita punya perhatian dan layanan, setiap complain diorang EVERY each minutes kena lah layan even seratus kali diorang ulang rungutan yang sama, tapi as a teacher kena sabar. Belum lagi ada budak yang langsung tak nak dengar cakap teacher. Yang nak kita ikut cakap dia. Kekadang parents tak tau, diorang cuma tau bila anak diorang tak nak datang sekolah, Teacher ada marah ke?


Sememangny teacher ni langsung takleh tegur ke?


That's was a time penah kena gaklah complain dengan parents.  Ikutkan hati memang marah. Memang sakit hati. Tapi takpelah, nak buat macam mana kan. Nawaitu kita nak mendidik anak dia. Sampai  panjangkan dekat principle. Marah tu memang ada jugaklah. Tapi keep it as professional, Bila parents tanya elok2 kita jawab elok2.  To be truth, aku bukanlah orang yang sangat penyabar, but when its comes to work. I have to.  Entah macam mana, bila kita layan orang baik2 even dia tak suka kita pun, tetiba hati orang tu dengan hati kita jugak berubah.  Tu yang mengajar aku, dari tauladan Rasulullah.Tetiba jadi rapat dengan parents. Aku tak penah nak benci ke nak balas dendam ke kat anak dia. Sebab kita fikirkan nawaitu kita kenapa kita marah dia.


This is made my hearts wrentch. Bila mak dia pos kat fb.

Terharu bila anak murid aku menyedari ketiadaan aku.  

Ya Allah, hati ni tak pernah tak sayang diorang, Selalu doakan diorang berjaya dunia dan . Yang terbaik.Tapi bila dah buat keputusan, aku tak nak berpatah arang. Meskipun rasa macam dah ada anak2 sendiri.

Baru ni aku balik semula pergi tadika, hantar barang2 yang perlu aku pulangkan semula. So, I got a chance to peek diorang.  Pastu diorang notice.  Pastu, diorang cakap, "Teacher, Najiha nak peluk teacher. " Ya Allah..touchingnya. So, I spread my arm to hug them. I didnt expect they can ask that to me. Sebab selalunya memang aku marah diorang. Definately, diorang memang takut nak jadi outspoken. Tapi bagusnya kita ajar budak2, diorang tak malu nak tunjukkan perasaan diorang.
Marah pun sebab sayang. Selalu aku bagitau diorang. Masa aku kat smart reader nilah banyak mengajar aku.  Walaupun masih belum berkesempatan bergelar ibu, betapa sebanarnya kasihnya diorang kat kita masa kita kecik. Setiap hari bagi bekalan kat anak2, kiss anak sebelum pergi kerja. Ambik anak kalau tiba2 demam mengejut.  Sambut hari jadi anak. Yang tak tenang kalau apa2 jadi kat anak time sekolah. Yang selama ni aku tak tahu, atau tak ingat.  Yang selama ni aku rasa aku kurang kasih sayang. HAHAHA. 

Patutlah dalam doa kita untuk ibu bapa. " Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihi aku semasa aku kecil,"

Thursday, June 2, 2016

Miss ma kids.

Baru je berapa hari cuti, tapi dah rindu. Acaner tu? Hmm
Biasanya kalau cuti sebelum2 ni, memang takde nak hegatny bebudak. Kalau ingat pun mesti teringat penat melayan diorang sepanjang hari. * I bukan tak ikhlas okay, it just reality that we're facing everyday, in case korang tak tau*
Every complain, times to times.
Every single work you'd give, they'll question back and made mistake eventhough you're clearly stated that.

" Teacher, macam ni ke?" Selalu.
Yeah, rindu. But, I have to.

Diorang ada yang confident tinggi sampai betul2 outspoken.

Memang aku selalu marah.Barulah aku faham kenapa cikgu selalu marah. Instead of penat satu hari mengajar, dengan macam2 kerenah tambah lagi ada anak murid yang tak amek pot apa yang kau cakap, Perghh. Kena marah dengan budak pun pernah. Macam Amsyar. Dia punya temper sampai semua teacher tak nak ambik ajar dia, kekadang takleh control. Pernah dia mengamuk dengan aku sebab tak bagi dia masuk dalam bilik principle, *principle tu mak dia* so dia pun pukul aku banyak kali, Bagi aku pukul tu aku tak kesah sangat, ni sampai gigit. Geramnyaa. Sampai satu tahap aku dia campak fon aku, memang aku pukul jugaklah dia dengan baton since pukul biasa dia tak makan saman. Okay aku nak emphasize kat sini, pukul ni agak sensitive jugak. Tapi kalau bertujuan nak mendidik tak salahkan? Kalau salah jugak cuba bayangkan dengan orang dewasa lain ataupun dengan teacher2 lain  dia buat benda yang sama?

Susah sebenarnya, kekadang kita explain kat parents diorang takleh terima sebab alasan still budak.
Melentur buluh biar dari rebungnya kan?


Paling rindu sekali dengan anak murid aku yang aku ajar dari 3 years.Masa aku ajar tu diorang memang takut dengan aku sebab aku garang sket, tapi bukanlah garang terus. Garang pastu kita kena pujuk pastu bila kita marah bagitau diorang kenapa kita marah. Masa aku jaga diorang tu tak penah aa nakal diorang takleh tahan. Sampaikan ada sorang budak tu nama dia Najiha. Tiapkali mak dia antar nak pegi school mesti menangis, pastu kalau buat kerja sekolah sikit pastu tanya "Teacher, nak mama." Setiap masa tau tak. Penat nak menjawab. Kekdahnya aku buat, mula2 pujuk dia dulu suh buat kerja sikit. Pastu puji. Bila kita puji tu punyalah seronok dia. Pastu lelama sikit, dia nak buat kerja adalah certain time tu dia buat perangai tak nak buat kerja sekolah, aku pun ugut. "Hari ni Najiha takyah balik," So punyalah sedih budak tu sampai merayu kat aku.
"Teacher, bagilah saya balik.."
Kesian pulak aku. Tak sampai hati sebenarnya tapi kalau ugut macam tu baru nak jalan buat kerja, terpaksalah walaupun nanges2 pun.

Sampailah sekarang dah 5 tahun. Semua macam dah matang. Aku  jadi saksi diorang membesar. Ada sorang anak murid aku dia langsung takleh tegur, takleh marah, Dia punya mengamuk. Ya Allah. Kalau tengok dia comel nak ciummm sangat. Tapi bila dia kuar tantrum. Even aku as a teacher pun backoff. Ada satu hari tu dia buat kawan dia, buat bukan sikit, tumbuk tau. So, takkan aku nak back up dia kan? tak fair utk budak yang kena tumbuk tu. Sedangkan jelas dia tumbuk. Takkan aku nak biarkan, pastu dia repeat balik? Memang ada moment tu aku kena fikir cane nak selesaikan hal bebudak ni macam hakim. Even hakim pun takde masalah kot nak bagi judgment.

Aku pun marahlah budak tu, As what i expected, memang dia mengamuk, teruk, menangis takyah citer aa satu kelas tu. Aku pujuk dia tolak. Aku pun suruh budak2 dalam kelas belajar kat luar sebab aku mmg takleh mengajar sebab bising sangat. Last sekali, teacher Kala datang pujuk, lepas T. Kala pujuk baru dia dengar cakap aku. Masa tu aku rasa alhamdulilaah. Risau jugak aku dia tak nak dengar cakap aku. Dan sejak dari tu, tantrum dia dah kurang. Dia dah boleh dengar cakap aku. Pastu dia pun macam takut aku marah, Mungkin sebab aku tinggalkan dia sorang dalam kelas.

Banyak sebenarnya kalau nak kirakan. Ada sorang langsung tak nak dengar cakap teacher. Nak kita ikut cakap dia. Korang tak tau sebenar azabnya nak pujuk sampai boleh. Sampai belajar hormat kat Teacher..Sampai dia nak datang sekolah. Those thing yang buat kau bangga. Bangga bukan kejayaan besar,cuma sekadar improvement macam tu, dah meant a lot to you.Orang tak tau how strunggle you r.

Bukan nak complain. Harap ada reader yang baca tak salah faham. Reality jadi guru for the past one year and half really taught me a lot. Ada budak kita boleh handle used dengan our charm. Ada yang tak. Setiap budak tu ada lain approach.Sometimes tu takleh nak buat apa.


Total Pageviews