<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Saturday, June 30, 2018

Depression

Kali ni entry aku nak bercerita pasal depresi. Umum yang tau pasal vocalist linkin park apatah nama dia, dah top femes tahun ni vocalist lead shinee Kim Jong Hyun mati sebab depresi.

Bila bercakap pasal depresi, aku betul2 rasa terkesan. Sebab aku pernah melalui bertahun2. Dari kecik lagi, pasal apa, terlalu peribadi utk bercerita. Aku pun sebenarnya tak tau mana silap aku, tapi aku rasakan aku nak sangat perhatian dan kasih sayang daripada umi dgn abah. Aku tak tau apa yang tak cukup diorg bagi, mungkin dah terlebih kot, tapi aku yang tak bersyukur.

Membesar dengan keluarga yang besar bukan suatu benda yang mudah bagi aku, kekangan demi kekangan yang ada, buat aku terasa, kenapa hidup aku, i mean cara membesar aku tak sesempurna budak2 lain? Ya, pada masa itu, aku mmg tak kenal erti syukur. Janganlah nak nasihatkan aku pasal syukur. Kesusahan, keperitan zaman aku membesar dulu buat aku rasa macam cepatlah masa berlalu, aku tak suka masa tu. Dari sebab aku bencikan waktu tu, aku pilih untuk tidur. Escape reality. Bermula dari situ. Dari seorang yang early riser jadi late riser. Bukan tak pernah kena tegur dgn umi abah, tp a rebellious like me, kadang aku keraskan kepala. Sampaikan umi dgn abah pun tak tau nak kata apa. Yelah, anak dara kan, tak elok bangun lambat.

Aku jadi terkurung dalam bilik. Jarang bergaul dgn orang. Lebih suka menyendiri di dalam bilik. Banyak kejadian asalnya rasa kemurungan ni, antara yang aku ingat bila selalu di ejek, bila selalu di rendah2kan, keadaan diri aku yang gelap, sampaikan aku takde confident utk berhadapan dgn orang, terlalu memikirkan kata2 orang, expectation orang, lagi2 keadaan keluarga aku yang tak sama macam orang lain. Aku rasa tertekan dengan diri sendiri.

Aku pernah kena ejek macam2, malah dari keluarga sendiri pun ada yang memandang rendah dengan aku. Semenjak itu, aku rasa nak mengasingkan diri dari orang.

Aku membesar tak sama macam orang lain. Ada satu tahap aku direndah2kan oleh budak2 lelaki sampaikan aku takde rasa nak tegur malah nak berkawan pun dengan diorang, sebab aku rasa pandangan diorg dgn aku terlalu rendah.

Lama aku terperuk tidak boleh terima diri sendiri. Pernah jugak, aku kena pulau dgn kawan2 sendiri masa dulu. Masa tu, tekanan darah aku tak penah turun dari 120. Sampai doktor pun terkejut.

Since aku suka tidur. Aku pun suka tidur siang. Malam aku sleep deprive. Kadang tak tidur siang pun malam tak boleh tidur jugak. Sebab aku terlalu overthink. Penat sebenarnya tak boleh tidur ni, rasa otak tak rehat. Rasa memori semalam tak hilang lagi.

Masa aku form 4, aku tukar sekolah dekat dgn rumah aku, masa tu pindah rumah baru, aku tak suka sekolah tu sebab gloomy, aku tak suka sekolah tu sebab persekitaran dia, cikgu2 dia, pelajar2 dia. Biasalah sekolah kampung, tak puas hati je jumpa kat luar. Time tu kelas aku pulak mengamalkan konsep assabiyah. Masa aku masuk sekolah tu, aku takde kawan, dan tak terasa di alu alukan pun berada kat sekolah tu. Tapi aku pretend utk jadi happy utk berkawan dgn sesiapa je. Malangnya aku still tak boleh nak blend in. Akhirnya aku pilih jalan utk ponteng sekolah.

Dalam seminggu tu tengoklah berapa kali aku datang. Kadang rabu, kadang khamis. Aku yang terpopular dalam kalangan ranking tak pegi sekolah. Sampai cikgu panggil aku personally tanya kenapa aku tak pergi sekolah. Aku simply cakap. "Aku tak suka sekolah ni." Cikgu pun tak tau nak cakap apa dah dengan aku. Sampai cikgu tak letak harapan apa2 pun dgn aku. Dalam setahun apatah lagi. Bukan tak pernah kena surat amaran, bukan tak pernah sampai surat amaran dekat umi abah. Tapi entah kenapa diorg diamkan je. Bukan tak pernah kena bantai dengan tali pinggang, tapi masa tu abah tak bantai kuat2 la. Tak sampai hati. Tapi degil aku tak boleh cakap apa dah. Masa tu aku rasa sekolah tu bukan tempat aku seronok utk belajar. Entah kenapa.

Depresi ni pun, buatkan aku susah nak bergaul dengan orang. Kadang letak persepsi macam2 kat orang. Sampai aku takut nak percaya siapa2 semenjak aku pernah kena pulau dengan kawan2. Takut tersalah cakap benda tu memakan diri sendiri. Dengan lelaki lagi la, aku tak pernah berhenti rasa prejudis. Melainkan diorang yang tegur aku, baru aku berkawan dgn diorg.

Bila aku sambung belajar kat KL, baru lah depression aku kurang sikit. Tak macam dulu, sebab ada kawan2 yg gila2. Housemate gila2. Time tu mmg seronok. Cuma aku masih ada masalah insomnia. Overthink. Insomnia kadang bukan biasa2, kadang seminggu nonstop tak boleh tidur. Masa tu jantung berdegup kencang. Rasa mcm nak tercabut.

Ada momen yang aku tak boleh lupa, bila aku dgn roomate aku tu pun sama spesies dgn aku. Insomnia jugak,kteorg punyalah tak boleh tidur time tu, kteorg pun keluar naik motor malam2, jalan2 sampai pukul 4 baru balik. Baru boleh tidur. Sampai housemate aku mengata kteorg keluar dgn jantan. Aku dgn kawan aku pun bengang kena fitnah macam tu, kteorg pun keluar la dari rumah tu.

Dulu aku rajin membaca buku, sebab susah nak tidur punya pasal. Dari suka membaca tu aku bercita2 nak jadi penulis. Tapi mcm hampeh je. Sekarang ni elok letak kepala atas bantal je dah sampai kat Australia. Wiwiwiw.

Anyway, kalau bercakap pasal depresi ni macam mana aku boleh bertahan, walaupun hakikatnya penderitaan tu sangat menyakitkan?

Yang pertama, aku masih berpegang adanyaa Tuhan. So far, sejahat mana pun aku, aku masih jaga solat, walaupun subuh tu terkontang kanting jugaklah.

Yang kedua, aku divert fikiran aku. Aku hiburkan diri pada benda2 yang simple. Contohnya masa dulu aku kerja tadika, budak kerja aku ni jenis ada mood dia bercakap, takde mood dia diam je, lama2 boring jugak aku. Aku hiburkan hati aku dengan sekecil2 budak2 ni buat lawak pun aku layankan. Dari seorang yang susah nak gelak benda2 yg kecik jadi seorang yang mudah terhibur. Padahal takde pape pun. Aku layankan diorang walaupun rasa macam entah pape je teacher ni.

Depresi ni bukan perkara yang mudah nak dilalui. Perasaan kosong. Being useless. Nak buat apa tak yakin. Hopeless. Tak nak jumpa dgn sesiapa pun ada. Nak buat sesuatu pun rasa terhalang.So bila orang cakap pasal depresi ni aku cukup paham. Rasa tak yakin dgn Tuhan, hilang rasa nak hidup. Tapi macam aku, nak mati pun takut sebab dosa banyak sangat. Hehe

Jangan main2kan perasaan diorang, jangan ajar diorg kau patut buat ni, kau patut buat tu. Jangan. Sebab apa yang patut korang buat adalah mendengar. Korang kena tau, korang tak berada kat tempat dia, situasi dia dgn kau sgt berbeza. Cara kau memandang sesuatu masalah pun lain, bagi kau kecik, tp bagi dia big world problem. Dont underestimate. Dengar je apa yang dia cakap, act like you understand dia punya situasi. Try hiburkan dia. Buat korang ada utk dia.  Walaupun sebenarnya kau pun ada benda tak setuju dgn dia, buat orang depresi ni, nasihat apa pun yang kau bagi dia akan negatif. Takde yang positif. Cuma satu cakap kat dia, balik pada Tuhan, itu sahaja. Bagi kata2 semangat. InshaAllah.


Sunday, June 24, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2k18

Okay, dah tak boleh tido pulak since dah tido petang td. Agak sumbat jugaklah duduk rumah tak tau nak buat apa.

Raya tahun ni berbeza sikit dengan tahun lepas. Kalau tahun lepas sedikit bermakna, sebab lepas je habis raya kteorg dah terus pergi beraya rumah orang. Tahun lepas paling best sebab dapat beraya satu keluarga, dulu biasanya ada yang kena tinggal. Tahun ni tak macam tahun lepas, habis raya, umi dgn abah tak tau merayap mana. Last2, tak beraya satu keluarga. Lepastu, kejar pulak solat jumaat.
Dah siap solat jumaat,smbung tido pulak. Hmm.

So, aftee 2 tahun tak dapat gmbr bersama so, this year yg meaningful ada gmbr bersama. Wee...


Tu pun nak dekat maghrib baru dapat tangkap. Lainnya raya tahun ni dengan tahun lepas, tahun ni banyak berjalan ke rumah sedara mara. Dari raya pertama sampai lah raya keempat. Raya kelima baru rehat kat rumah. Nak balik tu barulah sibuk nak beraya rumah kawan tu pun tak habis round lagi dengan kawan2 sekolah menengah kat bukit rangin. Rasa singkat pulak cuti kali ni tapi dah rasa bosan pulak duduk kampung lama2. Rasa nak kerja pun ada.

Hari selasa aku balik Shah Alam semula, dah la hari tu ramai orang balik, tambah lagi jem teruk sebab bas terbalik. Perjalanan sepatutnya 4 jam jadi 8 jam. Kematu woo duduk dalam bas lama2.

Friday, June 8, 2018

Lelaki

So, i got the mood nak tulis today.

Yes, i mengaku memang i jatuh cinta dengan budi bahasa dia, dengan kerendahan hati dia, and plus i suka dia main badminton, i nampak bakat dia. Tapi semua tu sepanjang aku berkawan dengan dia, aku selalu fikir, boleh ke aku teruskan hidup dengan dia selepas ni? Dengan keadaan dia tak pandai uruskan kewangan? Tapi itu je yang aku nampak kelemahan dari diri dia. Hampir jugak nak putus sebab tu. Entah macam mana, berat hati aku nak lepaskan dia. Sebab aku dah rasa sayang kot dgn dia. Masa kteorg nak putus tu, aku yang tahan dia, masa tu dia cakap nak bawak diri pergi Johor, tempat lama dia bekerja. Ya Allah, masa tu aku menangis teruk. Rasa macam tak sanggup nak kehilangan dia. Masa tu aku fikir, ramai yang dah tau aku date dgn dia, so within short period, takkan aku nak break mcm tu je, lagi aku nak kena menjawab soalan2 diorang yang aku dah takde pape ke dgn dia? (Entah apa la aku fikir time ni..padahal aku dah sayang kot dgn dia), yang membuatkan aku tak nak lepaskan dia masa tu sebab perasaan tak adil aku. Tak adil sebab tinggalkan dia sebab kekurangan dia. Sedangkan kekurangan boleh dibaiki. Bukan cari orang lebih baik dari dia. Kita orang pun baik mcm biasa, pergi balik dia ambik dan hantar. Kadang dia sendiri tunggu aku depan rumah semata2 nak pergi kerja dgn dia. Aku terharu dengan kesungguhan dia.

Yang aku rindukan, kteorg akah bukak puasa sama2 setiap hari. Bukanlah aku nak mengungkit, kadang dia takde duit pun aku support dia, aku dah ikhlas kan hati, kalau takde jodoh pun dgn dia, aku ikhlas, demi tak nak tengok dia kelaparan. Sungguh, aku tak sampai hati, sedangkan aku makan sedap2. Peruntukan untuk beli baju raya pun, aku biarkan dulu demi memastikan yang makan kteorg tu cukup. Aku bukan nak mengungkit, tapi aku sendiri tak sangka aku boleh berkorban mcm tu utk orang lain. Padahal aku tau aku ni selfish. Entahlah mungkin dah sayang. Yang selama ni, aku mmg malas nak masak pun, aku boleh bekalkan dia setiap hari sebab tak nak dia lapar. Padahal aku malasss gila nak masak.

Sehinggalah ada satu hari tu dia nak pinjam duit aku sebab nak top up. Aku pun bagilah. Hari tu, aku tunggu dia mesej aku. Biasanya balik rumah je dia mesti mesej aku. Tapi hari tu takde pulak. Aku pun start whatsapp dia. Dia cakap dia balik rumah dia kat Pulau Indah sebab ada emergency. Aku mula rasa tak sedap hati, biasa bila dia balik Pulau Indah mesti lambat ambik aku nak pergi kerja. Pastu, dia minta aku call dia pagi2. Hari tu, dia balas whatsapp pun lambat. Aku pun tak syak apa2 mungkin dia ada hal. Aku dapat rasa tak sedap hati jugak hari tu, dia cakap apa pun aku balas macam acuh tak acuh.

To be continued...

Total Pageviews