<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Monday, July 29, 2019

Delloyd

Tahun ni menjejaki tahun ketiga aku merantau. Banyak pengalaman suka duka ketika  berada  di sini.
Aku masih ingat ketika mula2 aku nak merantau. Ya Allah, Hanya Tuhan Yang Tahu cabaran dia. 
Dari mengharapkan seorang kawan yang akhirnya tidak menjadi seperti yang kita sangkakan.

Tapi perancangan Allah itu lagi Maha Hebat. 
Aku teruskan juga untuk berjuang. Buat pertama kali, setelah sekian lama aku tidak berjuang dengan hidup aku.Kalau kat Kuantan dulu, aku terperuk dalam 'comfort zone'. Dan kali ini aku nekad untuk keluar dari comfort zone.

Rasanya permulaan aku merantau, hanya tangisan air mata yang menemani aku. Dan segala pengharapan hanya kepada Allah. Aku tak mengharapkan kaum keluarga aku even abang aku pun berada kat KL. 

Bila orang bertanya, macam mana aku boleh kerja kat Delloyd?
Aku pasti tersenyum sendiri. Mengenangkan jodoh aku dengan Delloyd begitu kuat.
Dalam hati, aku cuma cakap aku tak lama kerja kat sini. Tup tup dah masuk tahun ketiga.

Masa awal2 aku kerja kat sini, aku ni menyombong sikit. Kalau boleh tak nak amek tau pasal orang sekeliling, sebab tak suka busybody. Bagi aku, aku nak seperate kan kerja dengan life aku. Datang kerja just buat kerja pastu balik kerja. Aku tak nak bawak hal segala mak nenek cerita pasal kerja dalam kehidupan harian aku. 

But, its turn out. Diorang sangat2 mengambil berat pasal aku. Macam mana aku datang kerja, duduk dengan siapa, even kalau boleh nak offer duduk rumah sekali. Aku pun tak terfikir diorang akan layann aku sebegitu rupa. Ya Allah sesungguhnya kau yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui.
Padahal, aku terlalu kesunyian berada di perantauan. Diorang anggap aku macam keluarga diorang sendiri. Masa tu ,aku takde kereta nak pergi kerja. Nak berjalan2 apatah lagi. Tapi Allah anugerahkan aku kawan2 yang sedia menolong aku bila aku minta.

Struggle is real. Macam2 orang aku jumpa. Masa tu aku sikit 'hot' la maybe. Bukan nak bangga2. 
Tapi aku baru terasa betapa tak seronoknya jadi 'hot' masa tu. Bila lelaki kejar2 kau. Tergila2 kan kau, kadang2 lelaki orang pun sama je. Ya Tuhan gangguan masa tu terlalu dasyat. 

Tapi alhamdulillah la, aku pun dah gemuk sekarang,so takde lagi orang kacau aku.

Masa awal2 datang sini, sambil2 menangis Coldplay lah yang menemani aku.
' light will guide you home, and ignite your bones, i will try to fix you '
bait2 lagu "Fix You " aku teliti satu persatu. 
Walaupun aku tak nampak mana penghujung cerita aku kerana aku masih baru dekat Delloyd tu aku yakin masa akan betulkan segalanya.

Sehinggalah lama kelamaan, aku dah jatuh cinta dengan Delloyd. Delloyd dah macam keluarga aku, rumah kedua aku. Bila balik kampung je, aku teringat kawan2 kat sini. Rindu sangat..


Tapi bila dah masuk tahun ketiga,
Aku dah mula rasa hambar. Aku tak gian lagi nak o.t. 
Kawan2 pun dah ramai yang berhenti.
Aku rasa down.

Tadi, kawan aku seorang lagi berhenti. Dia peluk dan minta maaf. 
Sempat dia bisik kat aku.
" Jangan terlalu lama kat sini."

Lagilah aku mula memikir2 nak cari tempat baru. Tapi, apakan daya masa belum sesuai.


Aku selalu terfikir,
kalau aku tinggalkan Delloyd, walaupun sekadar kerja kilang,
ada ke tempat sebaik ni?
Yang kawan2 dia seperti keluarga aku sendiri?
Yang ada bila aku susah dan senang.

You'll be missed.


Sunday, July 28, 2019

Listen

Can  I trust my heart more than anything?
Can I choose my path even people go against?
Can I let people says anything about me?
It's the matter of me.

I choose what I want to choose.
People can lead me.
But people dont know me.

The one who goes through the storm and thunder.
The one who cried in silent.
The one who carry the burden you dont even see.
The one who plead to stay patience.

For a people who'll say:
Look! what i told you is the right things.
I dont care.
And I wont care.

I dont even judge you.
For what you had chose.
I pray for you even more.

You also made a mistake.
You dont even know you going to have a better future?

You choose what you want to choose.
And I go with what I want to choose.



Total Pageviews