<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Saturday, November 17, 2018

Pemergian

Selepas hampir 4 bulan pemergian arwah abah. Aku dah rasa kuat. Aku kuat sebab aku diperantauan, dan aku ada support system yang menceriakan hari2 aku. Aku jadi lupa sekejap pemergian arwah abah.

Masa aku balik kuantan baru2 ni, aku tengok berat umi mula susut. Aku tak tau kenapa, mungkin umi jaga makan, atau umi stress, aku tak tau. Aku jadi sedih pulak tengok keadaan umi.

Umi orang yang paling kuat aku pernah lihat, umi jarang tunjuk dia lemah walaupun dia sakit. Umi jarang tunjuk rasa terkesan dengan kehilangan, even pernah yang pergi meninggalkan dunia tu adik beradik dia sendiri. Even arwah abah pergi pun, umi tersangatlah redha, sedangkan umilah yang berada di saat sakaratulmaut abah. Umi yg berada di hari terakhir abah, ketika itu abah sempat mengajak umi pergi ke bank untuk bank in duit. Bila aku tengok umi kurus mcm tu, aku terasa sayu. Aku tau umi takkan mengakui, tp aku merasai umi ada terasa kehilangan arwah abah. Darah tinggi dia dah mula kena control dengan pengambilan ubat dan medical check up setiap minggu.

Adik lelaki aku Said yang paling rapat dengan arwah abah adalah orang yang paling terkesan. Dia selalu teringat2 kenangan dengan arwah abah. Adik lelaki aku ni fragile sikit. Hati tisu compared to muaz. Muaz lagi kuat walaupun dia paling bongsu. Tp Said orang yang paling rapat dgn arwah abah. Kalau org lain telefon mesti nak cakap dengan umi, tp Aid mesti nak cari abah sebab diorg suka sembang pasal bola, bawak abah pergi mana2 walaupun Abah dah boleh drive semula, Said jugaklah yang bawak abah ke mana2. Selalu bawak abah pergi breakfast, ikut arwah abah pergi jemaah kat surau. Dialah orang yang selalu bwk abah ke mana2 masa arwah abah buta.

Aku? Aku kuat sebab aku diperantauan. Tapi bila adik2 aku post status pasal arwah abah aku mula terkenang.Kalau ikutkan, bila balik rumah aku tak berani bersendirian. Aku takdelah teringat sangat, tp aku tak boleh kesunyian. Bila aku kesunyian, aku mula mengimbau kenangan dan aku mula depression. Terlalu banyak sesal aku. Sesal yang tidak berguna. Aku masih tak boleh pergi kubur. Dan ketika hari pengebumian, selain daripada larangan utk menghadiri pengebumian buat perempuan, aku takde guts utk melihat arwah abah ditanam 7kaki dalam tanah. Pergi ke masjid pun aku teringat tempat arwah abah dimandikan. Aku tak boleh layan perasaan takut jadi kemurungan. Aku rasa aku belum mampu untuk melihat nama arwah abah di kuburan. Saat ini aku masih terasa abah ada. Sebab arwah abah kurang bercakap. Arwah abah pendiam sangat, tp bila dia mula bercakap adalah benda yang dia nak sampaikan. Aku jarang berbual dgn abah, melainkan abah terasa nak berbual dia akan berbual, masa tu la aku berbual. Kadang2 bila aku drive bawak dia pergi ke mana2 masa tulah dia berbual panjang. Dalam kenangan aku masih ingat, selepas abah buat operation mata, dia kembali boleh melihat, masa tu betapa seronoknya dia dapat melihat semula. Betapa happy nya dia melihat perubahan bandar Kuantan ketika itu. Masa tulah, aku terasa bahagia bila dapat tengok abah boleh melihat semula, dan masa tu abang aku bawak abah pergi jalan2 bandar Kuantan.
Rindunya. Abah boleh drive semula lepas penglihatan dia kembali malah tak pernah miss solat berjemaah kat masjid setiap hari setiap waktu macam waktu muda dia dulu. Ingat lagi aku rajin ikut abah pergi solat kat masjid dulu, berjemaah. Pernah dia mengamuk sebab buat bising kat dalam masjid. Masa tu menikus aku, abang aku dgn adik aku sebab main2 dalam masjid.

Aku lah paling menyesal tiada penghujung. Aku anak kedua, walaupun tak rapat dgn arwah abah, aku ada persamaan since aku dgn arwah abah pun anak kedua. Aku degil mcm abah. Tapi aku lagi teruk. Aku rebellious. Kadang tak boleh tegur. Kadang ikut kepala sendiri. Aku punya rebel, if i dont like something, aku takkan buat mcm mana sekalipun. Macam aku tak suka pergi sekolah, abah dah buat macam2 kot kat aku. Tapi tetap tak nak pergi sekolah sampaikan umi dgn abah dah speechless tak tau nak buat apa. Masa aku berhenti belajar part time kat uia tu, abah marah kat umi tp tak cakap kat aku. Sampaikan masa decide nak berhenti tu, abah pujuk aku. Aku teruskan, tp tak sampai penghujung jugak.

How i miss thee, if you were sicked, aku ingat boleh balas jasa abah utk jaga abah. Boleh mintak maaf.Tp masa abah pergi tu abah sihat, tak nampak sakit langsung. Malah sempat settlekan semua urusan. Aku ada terdetik nak minta maaf sebelum aku pergi ke pulau perhentian itu hari, tapi maaf tu tersekat di kerongkong. Tak dapat nak zahirkan, sebab ego yg menggunung. Dan abah bukan orang yg sweet yang akan cakap " abah maafkan" secara zahir. Tp sebab ego akak tu akak menyesal.

Akak dapat intuition abah nak pergi, tp akak tak endahkan. Akak anggap cuma mimpi. Akak ingat lagi abah nak bagi duit kat akak utk beli baju raya tp aku tolak, sebab abah cakap abah ada hutang akak. Masakan ada hutang ayah dgn anak,? Sedangkan aku yang berhutang dgn abah. Itu yang paling aku sedih dan tak dapat menahan sebak, beberapa hari sebelum raya abah nak bagi duit kat aku, sdgkan adik aku sorang lagi mintak duit dia tak bagi.

Abah..kalau akak tak mengenal erti redha, akak takkan belajar utk melepaskan. Semoga kita bersatu semula disyurga. Ameen.

Bridesmaid of the day

Baru2 ni, dengan hectic kerja yg banyak, aku berkesempatan balik ke kuantan. I chose not to drive, since aku mmg penakut nak drive jauh2 ni. Penglihatan aku pun tak berapa nak baik.

Waktu aku call Hajar suruh ambik aku hari tu, umi terjaga terus solat tahajjud mungkin. Yelah, sebab aku call umi pun dia tengah tidur waktu tu.

Balik tu aku terus tidur dan terjaga keesokan subuh. Aku bangun lambat sebab malam tu pagi baru aku sampai. Aku bangun solat subuh kejap kemudian aku sambung tidur balik. Bangun semula pukul nak kat pukul 10. ( aku rasa la) Umi ajak bersembang tp aku in a rush sangat nak pergi ke Bukit Sagu sebab aku nak jadi pengapit. Wuhuuu for the first time in my life dapat jadi pengapit. Aku dah la tak tau rumah kawan aku tu kat mana, dengan bangun lambatnya, sembang lagi dengan umi. Last2 kat pukul 11 gak aku gerak pergi Bukit sagu.

Gilaa ah jalan dia,dalam fikiran aku dekat je ni. Sebab aku biasa pergi sana. Aku pun mcm berani sangat nak pergi sana. Nasib ajak adik aku teman pegi sana. Sekali lori besar2 kot, aku dah cuak. Tetiba anxiety datang, dalam otak aku risaukan adik aku je. Sebab aku bwk dia ikut. Alhamdulillah sampai jugak kat rumah pengantin. Nasib tak terlambat sangat sebab pengantin baru sibuk2 nak mekap. Aku sempat makan dulu, then barulah aku berborak dengan kawan aku tu.

Dalam pukul 12.30 mcm tu, pengantin lelaki pun datang, aku pun rasa cuak sangat sebab tak tau nak buat apa sangat since first time aku jadi pengapit, aku risau tak tau buat apa2 pun. Nasiblah senang and simple gila tugas dia. Aku rasa yang specialnya jadi pengapit sebab dapat makan sebelah pengantin. Padahal aku dah kenyang kot. Rupanya tak lama pun teman dia, tak lama lepastu aku tinggalkan kawan aku sebab dia nak layan tetamu. Aku pun tak sabar nak balik sebab adik aku nak solat.

Alhamdulillah ala kulli hal. Haritu aku bwk kete kebal arwah abah. Roadtax dah lama mati, tp selamba je aku bawak. Bwk kete kebal tu tau2 jelah, muka berbelak, tangan bertambah3 hitam. Tapi yang bestnya aku boleh lenjan kete tu. Rindu sangat bwk kete tu. Walaupun dah lama tak bwk manual tp badan aku still ingat mcm mana nak bwk.

So here the picture i jadi pengapit.







Doakan satu hari nanti i jadi pengantin pulak. InshaAllah. Ameen. 😘

Saturday, November 3, 2018

Gentlemen

After accident, actually aku macam takut2 nak drive, dan malas nak drive ke mana2. Hari tu, A ajak aku keluar pergi One City Mall.

Lately, aku selalu terfikir pasal jodoh. Aku fikir, kalau nak cari jodoh yang baik, aku kena jadi baik dulu. So, nak jadi baik, aku kena stop kan keluar berdua2 an dengan bukan mahram. Aku dah banyak kali keluar dengan A semenjak aku putus cinta.  

Masa aku putus cinta dulu, A yang ada dengan aku. A banyak buat aku lupakan orang yang aku pernah aku cinta dulu. Masa tu aku tak nak makan, aku ingat lagi masa tu time puasa dia amek aku kat rumah, dia ajak aku keluar berbuka, sorang duduk hujung meja, dan aku duduk hujung meja. Dua2 diam makan masa berbuka melayan perasaan masing2.

Semenjak dari tu kteorg rapat, aku anggap dia macam adik je, sbb beza kteorg kat 5 tahun. Baya2 adik aku. Tapi dialah lelaki gentlemen yang pernah aku jumpa. Kalau aku mintak tolong jarang nak hampakan aku, aku melted masa aku ajak dia pergi NSK beli barang, dia tolong angkatkan barang kat aku. Aku memuji dalam hati, kalau tak pasal dia ni muda,dah lama aku jatuh cinta. 

Belum lagi kira, tiba2 dia datang bagi snek kat aku time kerja. Sweetnya dia. Ingat lagi masa arwah ayah aku meninggal, dia yang mintak budak department aku collect duit bg kat aku. Aku rasa terharu sangat. Dia ada mesej aku cakap rindu kat aku masa tu.

Aku banyak keluar dengan dia, tengok wayang dgn dia, pergi gym, pergi jogging, since aku takde kawan perempuan yg single kat delloyd ni aku mmg selalu keluar dgn dia. Aku suka perangai dia, tak pernah aku jumpa lelaki yang treat women right macam dia, kecuali masa aku bercinta dengan ex aku dulu. Tapi tu sebab cinta, bukan kawan biasa2. Dia even bayar duit makan, kadang kalau tertinggal purse pun dalam kereta, dia so willing utk pergi ambil. Kalau aku minta belikan makanan pun, mesti dia beli pastu ada la beli benda lain pulak. Huu..kalau tak pasal dia ni terlalu muda utk aku, aku mmg jatuh cinta dengan dia.

Kalau kat ofis tu dia panggil aku baby, thats word is nothing sebenarnya, tu menunjukkan kteorg rapat, aku ingat lagi, dia suruh aku belikan roti, pastu dia tolong buatkan utk aku. Aku rasa dia paling banyak memberi kat aku, kalau pasal belanja lagi tak yah cakap la, kadang tetiba belikan air utk aku.

Masa dia ajak pergi One City tu, aku over excited pergi rakam video, dlm video tu aku pegang baju dia jalan atas bumbung transparent, pastu boleh nampak bawah, aku ingatkan aku gayat, rupanya tak. Aku post video tu masukkan dalam story ig. Malam tu dia tengok and marah sbb aku postkan. Sdgkan dia dah cakap jgn post. Hari tu aku rasa sentap, sebab dia takut orang fikir kteorg ada apa2. Dari situ aku sedar, kalau benda macam tu dah salah apatah lagi dari awal2 aku keluar dgn dia, semua tu dah salah. Aku nak stop keluar dgn dia. Kalau boleh jauhkan dari dia.

Hari tu masa nak keluar dgn dia, aku ada terfikir, nak cari jodoh yang baik, aku kena jadi baik. Antaranya kena elakkan dari buat maksiat. Aku nak stop, tp hari tu dia ajak keluar aku rasa susah nak tolak sebab dia banyak tolong aku. Aku ajak kawan kteorg sorang lagi, tp dia tak nak ikut, so kteorg pergi berdua jelah.

Lepas aku decide nak stop berkawan dgn dia, tetiba ada kawan aku bertukar nombor dengan dia. Aku jadi jealous tiba2. Kenapa aku jealous aku pun tak tau, padahal kteorg kawan baik je kot. Tak lama lepastu, ada budak department lain minat kat dia, bertambah pulak jealous aku. Mungkin aku sayang kat dia kot sebab dia layan aku baik sangat. In fact, masa aku accident tu, dia yang concern nak tau berapa aku kena compensate kat owner kete tu. Dia pun willing nak tolong aku. Dia punya ambik berat kalah keluarga aku sendiri.

What even melting lagi, pernah kteorg keluar tengok wayang, since aku punya cerita mistik masih berlegar2 dalam kepala otak, pulak tu time tu nak tengok citer Munafik, aku tetiba jadi takut nak balik sensorang, lepas aku hntr dia balik, dia ikut aku balik sampai rumah, masa tu aku terharu sangat, ada orang care dengan aku sampai macam ni.

Walaupun kteorg dah tak rapat mcm dulu, and aku decide nak stop, hari tu dia beli air kat mesin pastu bagi kat aku. Haihh, kenapa dia baik sangat ni, padahal aku nak jauhkan diri dari dia kot.

Ya Allah mintak2 jodoh aku org yg Gentlemen mcm dia. Ameen.

Total Pageviews