<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Saturday, January 21, 2017

Of complication and missing home

Hampir sebulan hidup diperantauan. Tipulah hati perempuan ni sikit pun tak nangis.
Yang selama ni banyak merungut, banyak berkongsi kisah suka duka dengan family. Tapi sekarang aku kena tanggung sendiri. Terutama dari segi kewangan, masalah, motivasi. Masih bersyukur sebab Allah membantu sepanjang perjalanan ni. Masa ni baru kita(aku) merintih, meminta kepada Tuhan. Betul kata Fynn Jamal. Kurangkan orang kiri dan kanan
Subhanallah. Allah tu tolong dengan macam2 cara.

Bila kita fikir kita boleh bergantung harap kepada manusia, manusia tu mengecewakan kita. Aku rasa nak patah balik. Menangis semahu mahunya. Masa tu teringat kat ummi.
Ya, ummi. Orang yang selalu aku mintak tolong. Orang yang selalu aku mengadu macam2. Tapi ummi tak penah penat dengan omelan aku. Malah layan pulak kerenah aku.So, kali ni aku decide to not turned back. Sakit macam mana pun biarlah aku telan sendiri. Tak call pun ummi, walaupun hati ni membuak2 rasa nak mengadu. Mujur ada kawan-kawan yang sangat baik bagi motivasi aku kat sini. Aku jadi kuat sekejap.

Dah dekat 4 tahun kot lepas habis belajar kat KL. Stay kat Kuantan. Walaupun pernah duk sini 2 tahun lepas, tapi bila datang sini, homesick jugak. Terutama umi, yang selalu aku cari lepas balik kerja. Sebab aku ni crybaby. Aku sebenarnya anak yang manja dan mengada. So, bila dimanjakan bertambah tambah la 'spoil' aku. Daripada jadi macam tu, it's not fair and not good utk contoh adik2 aku yang lain. Aku pun try la nak hidup kat sini. Diorang pun tau aku macam mana. Bukan orang yang kuat dan tabah menghadapi dugaan.

Dan sekarang, aku mencabar diri aku.

Aku tak suka kehidupan aku yang lalu. Plain and negative.

Aku suka ke-tidak-sibuk-kan di bumi Kuantan. Tapi, aku tak suka payahnya nak cari rezeki kat situ.
Stress yang tak boleh lagi dibendung. Kawalan emosi yang makin lama makin teruk. Motivasi yang tak penah bertambah. Ditambah lagi hidup dalam keadaan pesimis.

4tahun. Aku buang hidup aku mcm tu. Kosong sebenarnya jiwa aku. Aku memberontak sebenarnya nak hidup aku lain dari apa yang aku pernah dulu. Bukan tak bersyukur. Bayangkan aku bertukar tukar kerja semata mata nak penuhi jiwa aku. Yang aku tak tau apa tu.Takde orang paham aku, dan aku pun tak paham apa kehendak aku. Dah makin kerap aku buat tindakan sesuka hati, atas sebab kesenangan tinggal dengan keluarga.

Paling tak best bila orang tanya.
"Anak awak kerja apa?"
"Gaji berapa?"
"Sampai bila nak kerja tu?"
"Bila nak kawen?"


Tambah2 lagi dah nak masuk 25 tahun. Risau pulak orang2 tua yang nak mencarikan jodoh ni.(Tolonglah kalau nak cari pun biarlah yang hemsem sket, banyak duit, tua 2 atau 3 tahun pada aku.) HAHA. Tu kalau kawen terpaksa pun aku relakan jua.
Kalau aku cakap cmni kat mak aku. Mau kena bamboo balik ooo.
"Tu kira baik la ada orang nak kat kau."
" Kau ingat kau tu lawa sangat ke?"
Confirm.

Aku tak suka hidup aku di judge oleh orang. Apa aku nak buat. Kerja apa. Gaji berapa. Kenapa tak kawen lagi. Yang masalah aku boleh jadi masalah orang.

Aku tak suka, biarpun diorang fikirkan aku.

So,apa pun yang terjadi berjalanlah tanpa henti.

Sunday, January 1, 2017

2016 dalam sejarah

cepatnya masa berlalu. macam biasa la setiap kali bertukar tahun mesti cakap macam ni.

kalau bercakap pasal azam lagi la mengecewakan. 2016 dalam hidup aku ialah :

1. Pindah rumah.

2. Stop belajar part time kat uia.

3. Berhenti kerja kat Smart Reader.
Ni tempat aku kerja paling lama. Nak dekat 2 tahun rupanya. Tapi aku berhenti atas sebab peribadi. Macam mana aku boleh bertahan kerja ni, entahlah sebab kalau nak kata best, byk benda yang jadi sebenarnya masa keje smart reader ni. Tapi hati betul2 kental time ni. Dari sinilah aku berani drive kereta. Kalau dulu bwk kejap kejap tp semenjak kerja smart reader ni bru aku berani bawak. Bayang la kita bawak bukan kete biasa. Kete manual abah yang asyik2 sakit. Tak yah citer la berapa kali rosak, benti tengah jalan. Malu tak yah cakap laa.

Dari seorang yang tak penah amek kesah pasal jalan. Sekarang alhamdulillah, boleh ingat nak ke mana area Kuantan tu.

4.Kerja seven eleven.
Start bulan Julai aku kerja seven eleven dan berhenti bulan November. Walaupun banyak gak drama masa keje ni, tp tempat kedua best yg aku kerja kalau nak compare dgn floor depot. Of course, kerja yang paling best bila kita having fun. Macam2 rasa time ni, kat seven e ni banyak orang gila yang aku jumpa. Selain tu, sempat jejak kasih kat situ. Banyak benda laa aku experience kat situ.  tapi tak larat dengan kerja shift yg agak macam roller coaster.

5. Abah operate mata.
After a long time abah hesitate nak buat mata. Akhirnya abah pegi buat dan alhamdulillah abah dah nampak semula, pergi surau setiap waktu. Even boleh drive semula.

Tahun ni dah 25. Ya Allah, cuba nak lari dari pertanyaan orang
"Bila nak kawen?"
Tak suka. Rimas dan lemas. Biarpun orang cuma tanya. Dalam family aku pun xde orang break tradition lg, yang kawen dulu. Kadang kesian jugak bila orang tny mak. Yang ni bila nak kawen? Pastu usahakan la pulak dengan orng ni orang tu..Hmm.

Total Pageviews