<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Tuesday, May 31, 2016

Teacher's Day X Farewell

Finally before cuti sekolah dapat jugak buat teacher's day.  Before teacher's day tu, lepas je Sport Day ada PTM parents teacher meeting.Agak risau jugak aa apa parents nak cakap ataupun complaint ke apa ke.

Hah lupa nak citer, lepas je habis sukan budak2 ni. Kepala pening teruk gila. Mujurlah time diorang sukan tu takde rasa apa. Lepas habis tu baru rasa pening2, mujurlah boleh drive lagi. Sampai je rumah, aku melantak makan nasi dulu 2 pinggan. Sebab umi masak ketam masak lemak. Sedap dia memang menjilat jari aa. Okay,dah siap makan aku pun mandi, memang tak tahan panas sekarang ni, Lepastu solat, lepas je solat landing terus atas katil. Kepala berdenyut denyut. Ya Allah Hanya Tuhan Yang Tahu.

Mengharapkan sakit kepala tu hilang lepas bangun dari tidur lupanya tidak..Asar tu aku bangun still lagi berdenyut denyut, ingatkan nak solat tapi tak tahan so agak procrastinate jugak time tu , sempat baring kejap agak2 nak pukul 6 aku gagahkan jugak utk solat. Lepas je solat  sambung balik tidur. Pastu sedar2 dah maghrib. Malas nak mandi, sebab badan aku chill gila time tu. Terus solat.

Lepas solat still takleh tahan, aku lambatkan solat Isya'. Sambung tidur lagi, tapi takleh lelap jugak, Rasa nak muntah membuak buak, aku tahan je. Tak nak muntahhhh. Lama sikit dah takleh tahan muntah jugak. Dulu bukan nak cakap apa la, pening kepala macam mana pun aku boleh tahan. Lately, memang dah tak boleh tahan. Pening je kepala, kena muntah jugak, macam kat UIA dulu. Memang memalukan betul. Sebab penat sgt muntah, aku pun sambung tidur balik. Kat pukul 4 aku bangun solat Isya'. Rasa okay sikit lepas makan panadol activfast. Pastu sambung tidur balik. Esoknya, nak pergi kerja mula la kelam kabut bangun lambat.Memang lambat jugaklah, dahlah ada PTM hari tu. Parents memang ramai dah tunggu. Memang habis sorry dah kat parents.

Alhamdulillah jugaklah parents boleh tolerate and so far takde la komen komen yang teruk sangat.


Jumaat tu sekolah buat teacher's day. Memang fun jugaklah. Tak pernah sambut sebelum  ni dengan kerjasama parents bawak potluck. Kalau last year kita sambut sendiri je. Makanan meriah atas meja.
Berangan la nak keep on diet hari tu. Hah, nak bgtau satu hari tak sehat hari tu turun berat badan dari 64 ke 60. Sayang betul rasa nak makan. Kek punyalah banyak. Siap plan nak bawak balik satu kek sorang.  Tapi memang tak makan banyak pun hari tu. Bukan sebab control tapi kerap rasa nak minum je. Akhirnya, kenyang air saja.

Bebudak ni pun ada la bagi hadiah jugak hari tu. Yang buat aku terharu sangat, ada some parents tau aku nak berhenti so diorang bagi hadiah special sikit. Yang paling special coklat bouquet famous amos punya la. Parents tu awal2 lagi tanya "Teacher Fathiah dengan Teacher Kala ada kat school tak petang ni?"
Tup tup. Dia bagi famous amos punya bouquet. Parents tu agak click jugak aa dengan aku. Aku tak bagitau pun dia aku nak berhenti. Fikirkan harapan dia and benda2 nak improve kan anak dia aku betul2 tak sampai hati nak bgtau dia.


Malam tu pulak Kak Ain promise nak treat kteorang dinner. Actually lama dah Kak Ain cakap nak belanja Seoul Garden lepas concert last year. Yelah, last year kteorang tak dapat makan memandangkan terlalu busy kat budak2.  Memang sakan lah makan, gila tak satu kepala rm50.
Adik aku dah pesan awal2 kalau makan kat situ ambik daging je. Memang best gila aa makan daging grill. *still terliur nak makan*, tapi tak taulah takleh makan banyak pun. Frust betul. Padahal orang belanja.
All SRK Teacher
T. Kala and me

Celebrate Farzana's birthday

Impromptu

more 

To all children, parents, all srk staff. Im sorry sangat tak bagi kata2 utk farewell. Aku tak nak rasa sedih and tak jumpa dah semua. Of course, orang yang paling aku rindu mestilah anak anak murid aku. Diorang ni memang paham aku. Clumsy type teruk sangat. Berapa kali jatuh kerusi siap kira berapa kali aku jatuh. Marah macam mana pun diorang dah terlalu lali.Ada la beberapa kali nanges.
Paling sayang yang aku jaga dari 3 years. Still fresh masa diorang aku ajar potty train.Pergi toilet saja sepanjang hari. Macam2 la. I hope someday you remember, I was once your teacher. Percayalah teacher sayang sangat semua.



Sunday, May 29, 2016

A busy week.

Last week, memang busy tak terkata. Dengan exam nya, pastu  Sport Day  compact week compared to before la.

Isnin tu patutnya kitaorang sambut hari Guru, tapi kteorang sibuk buat exam untuk budak2 ni. Ada parents yang save the date, bagi hadiah macam2, bunga dan lain lain. Masa tu malas sangat nak fikir nak tangkap gambar nak abadikan ke apa.

 Tapi sangat appreciated sbb diorang still ingat hari Guru dan bagi hadiah. Lepas dua hari exam budak budak ni, hari Rabu dah kena marking, settle kan mana2 budak yang belum siap exam lagi.  Hari Khamis tu pulak sibuk buat persiapan untuk hari Sukan.

Actually aku dah pun planned nak pegi kenduri Kyna kat KL, siap beli dress kat Mood Republik hari tu. Malangnya, hari sukan tu jatuh lepas hari kawen Kyna. Aku dah cakap siap2 kat Kak Ain, aku takleh attend sport day. Tapi, dia suh gak aku datang pastu rush lepas pegi KL balik Kuantan semula. Wah..aku rasa tak berbaloi sungguh.  Penat satu hal, pastu membazir je beli tiket KL- Kuantan kalau sehari je pegi.

Hari Jumaat tu, kak Ain suh aku burn CD hari tu jugak.  Aku pun bukaklah komputer kat dalam kelas  tu konon nak buat kerja. Budak budak ni aku lepas  kejap. Saja nak bagi masa free kat diorang tak buat apa. Malas sangat nak bagi kerja kat diorang lepas exam. Entah kenapa aku rasa macam kesian pulak kat diorang. Ingatkan diorang sibuk nak berborak ke main ke hari tu. Time aku bukak komputer tu diorang dah siap ready susan kerusi nak tengok show. Fathia tanya aku, " Teacher, cepatlah teacher nak tengok cerita apa?"

Aku pun perati je budak2 ni. Dengan dah bersiap sedia tunggu aku bukak cerita.

speechless cuma mampu tangkap gambar je
 
Kesian pulak aku nak hampakan diorang. So, layankan jelah, Kerja aku pun tergendala sekejap. Pergi layan potong kek kat dapur. Ada parents kasi hari tu sempena sambutan hari Guru. So, kteorang pun punyalah sibuk bergambar bagai. Fathia datang kat dapur.

" Teacher, boringlah tengok citer kartun tu."

Aduh, outspoken sungguh anak murid aku nih. Takleh tengok teacher senang sungguh.

Hari Ahad lepas, sekolah buat Sport Day, memang agak hectic sgt schedule minggu lepas. Bestnya sport Day kali ni, parents pun boleh join main games sama2 dengan anak2. Jadi takde la parents duk lepas sambil tengok anak main, and some other parents pulak tinggal je anak masa hari sukan lepastu time diorang nak makan ke nak pegi toilet mula la cari papa mama tapi takde. Jadi teacher la kena kejar ke sana ke mari. Bukanlah berkira nak buat tu tapi fikirlah kita bukan jaga sorang dua budak, sometimes kita pun terlibat dengan aturcara tu.

anyway last sekali, parents puji la event tak terlalu formal and diorang have fun la. Aku pun rasa cmtu.

Sunday, May 15, 2016

Lucky

Hari tu adalah orang bukan Muslim tanya
" I give you 1 to 10.   How are you gonna say lucky you are?"

Aduh. Duh.Duh.

Aku ni kalau nak sincere betul. Memang aku bagi 10. Tapi entahlah how to say kat orang.
Takkanlah aku tak hargai hidup aku langsung sampaikan tak rasa diri aku ni lucky.

Well, lucky. I dont see you this year and couples of years back.

Lama dah tak jumpa macam dulu.

Sebenarnya bagi kita orang Islam ni, bukan kita percaya pada nasib.

Semua ni rezeki.

Masa dulu, aku ni bukanlah orang yang bersemangat buat menda2. Aku kalau buat menda yang aku tak minat, tak suka memang aku tak boleh pegi jauh. Macam tak suka pergi sekolah, kekadang sebabnya kecik je, tapi tu boleh jadi satu sebab besar bagi aku. Contoh, mcm sekolah tu gloomy, persekitaran dia, minded budak2 kat situ, cikgu yang tak berapa sporting. Tu je yang buat aku tak nak pegi sekolah,  Tapi, bagi orang tak belajar mcm aku, aku tak deserve pun dapat 3A masa spm even 1 A pun. Tak fair pada kawan2 aku yang rajin pegi sekolah tapi tak dapat 1A pun. I feel sorry sangat. Despite rasa lega yang teramat, at least aku tak kena 'bamboo' dengan umi, abah.

Tapi cam biasalah, bila cakap dengan umi. Mesti umi cakap. Tu semua doa umi tu.
Okay, I have no words to talk back. Memang doa umi.

I feel sorry sgt kat diorang pastu cuba belajar rajin sikit masa kat kolej.

Pernah sekali aku terpilih untuk pertandingan tarannum.
Ya Allah, nak cakap memang takde basic langsung nak bertarannum berlagu sampaikan kena marah aje dengan senior aku. Menangis nagis takleh buat, nak tarik diri.
Entah macam mana, masa aku pegi pertandingan tu. Sumpah aku baca macam biasa, takde lagu lagu Bayati ke apa apa, kalau nak compared dengan pesaing2 aku yang lain.

Tapi ajaibnya aku dapat no.2 dalam pertandingan tu.

Mana nak cakap eh? Nak kata confident sgt pun takde. Hmm. Aku rasa bersalah pulak kat kawan aku yang pandai mengaji berlagu tu.


Tu dulu.

Of course la, kalau nak kira betul2 lucky tu sebenarnya bila kita menghargai nikmat syukur. Syukur tu yang buatkan kita rasa bertuah, hargai benda pe je yang kita ada. Cuma lately, aku selalu buat keputusan sendiri tanpa fikir consequence, buat keputusan ikut perasaan last 2 end up menyeksa diri sendiri dengan orang lain. Kalau dulu semua aku fikir sampaikan yang entah apa2, buatkan aku tak berani buat keputusan. Sekarang, bila dah berani buat keputusan, terlalu mengikut perasaan pulak.

Haih..



Total Pageviews