<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Monday, August 19, 2019

Love yourself

Hi guys,
Baru2 ni aku bercerita dengan rakan sekerja yang tak berapa rapat sangatlah,,
aku bertanya dia berapa lama lagi dia nak bersalin? Dan dia pun berceritalah bla bla bla pasal kandungan dia, tanpa semena mena dia bertanya aku.
"Fathiah umur berapa?"
Aku pun jawablah "27".
"Lambat dah tu."

Wah dalam hati aku bergelojak nak cakap dengan dia, bukan aku tak nak kawen, belum masanya lagi..!!! tapi aku sabarkan hati. Perkara2 macam tu dah jadi kebiasaan bagi aku. Balik kampung mak cik pak cik tanya, atok sedara tanya. Aku pun buat tuli je. Cuma kebelakangan ini, aku rasa terkesan, rasa sakit.

Tahu tak korang? Bila korang bertanya macam tu mungkin tidak ada niat nak sakitkan hati, padahal korang nak bergurau je. Tapi macam aku, aku berdepan dengan perasaan yang tergantung dalam perhubungan, menunggu di mana pengakhirnya, tertipu dengan perasaan sendiri, sebab rasa dia macam betul2 suka kat kita but in the end of the day dia just friendzone kita. Dan tatkala aku buka kan hati untuk menerima seseorang yang pada aku "biasa2" sahaja, bila aku inginkan hubungan tu lebih serius dia cuma friendzone kan aku pulak. Tahukan korang betapa banyaknya aku struggle dengan segala penipuan dan harapan palsu dari sang lelaki. Dan ada juga yang konon nampak macam serius but when it come to action, dia tetiba tak muncul2. Belum lagi jumpa lelaki hidung belang.

Alahai penatnya hati ni sakit. That's why, aku paham kenapa orang tak suka bila bertanya 'bila kau nak kawen?"

Aku menangis jugak mengenang nasib diri. Aku anak perempuan sulung yang masih belum berkahwin. Ya Allah, betapa tingginya harapan mak aku nak tengok anak dia kawen.

Buat masa ni, Im cuba nak heal myself. Rasa kecewa. Rasa kosong ni hidup dalam diri.
Tapi bila difikirkan2 kembali, kalau aku kawen pun, mampukan aku pertahankan sebuah perkahwinan, lagi2 banyak dugaan dalam perkahwinan.

Mungkin aku kena mencintai diri aku dulu lebih dari mencintai orang lain. Aku kena tengok betapa banyaknya rezeki aku kat tempat lain selain dari melihat apa yang aku takde.

Aku menangis juga, menagih simpati manusia supaya jangan kecewakan aku.
ibarat aku nak terjatuh dari sebuah bangunan dan berpaut pada tangan manusia supaya tidak terjatuh ke bawah, Malangnya dia membiarkan aku jatuh.


Dan sekarang, tidak boleh tidak untuk aku menyayangi diri aku sendiri..


Total Pageviews