<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Sunday, December 30, 2018

Rezeki

I woke up today at 6.39 am. Tot i am already late to work. Tetiba aku macam rasa, ala aku nak rest la. Dan suddenly aku confuse, hari ni cuti ke kerja, and flashback pulak semalam hari apa. Barulah aku ingat, hari ni hari ahad.

Freedom. Sambung tido balik.

Something getting my mind these days, a lot of things, terasa bungkam kejap. Aku penat sebenarnya nak puaskan hati orang, penat nak fikir buat itu ini yang aku rasa bakal mencederakan hati aku sendiri.

Apa yang mampu aku katakan, apa yang aku ada cukup. Dan syukur alhamdulillah dengan rezeki yang aku ada, walau tak sebesar mana. Aku tak nak jadi orang yang tidak bersyukur, takut yang kejar tak dapat, yang dikendong keciciran.  Dan bukan juga aku merasa aku di 'safe zone'. Cuma aku perlukan masa yang sesuai,peluang yang baik untuk aku upgrade diri.

Aku pun tak tahu apa yang orang nak. Mungkin nak tengok kemajuan aku, membandingkan kemajuan aku dengan orang lain. Aku bukan kiasu. Aku akan buat bila aku rasa aku suka, dan aku takkan buat bila aku tak suka. Melainkan keterpaksaan.

Penat sebenarnya memikirkan kata2 orang. Sedangkan yang memperjuangkannya aku. Hanya aku. Yang merasa sakitnya aku.

Sunday, December 23, 2018

Redha

2018 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. Despite the countdown i want summarize history on 2018.

2018 adalah tahun yang mendukacitakan aku. Kehilangan arwah abah aku adalah yang amat menyakitkan. Entah kenapa aku agak instinctive utk amek cuti panjang2 in case ada kematian or emergency. Aku simpan cuti aku tu utk itu. Dan its happen bukan i want it. But its happened.

Yang keduanya adalah putus cinta. Sebelum abah pergi aku bercinta dengan sorang mamat ni, nampak macam baik, ikhlas, tapi jantan tak guna. Tipu aku hidup2.

Bukan senang nak melalui hardship ni. Especially selepas kehilangan abah, kteorg berdepan dengan mistik. Entah berapa lama aku tak cukup tidur gara2 tu, dan berapa lama kawan aku temankan aku tidur kat luar.

Aku terasa. Terasa perlukan seseorang yang boleh dijadikan suami saat itu. Untuk ada bersama aku. Aku sangat2 tak kuat. Kesunyian, dan rindu yang tiada penghujung tu menjelma. Syukur Allah berikan aku kawan2 yang ada dengan aku bila berdepan saat itu.

Beza orang Islam dengan orang kafir bila berdepan dengan musibah ialah redha. Redha semacam letting go. Letting go bukan mudah buat seseorang. Kalau aku tak belajar erti redha. Mana mungkin aku dapat hilang rasa sakit, serba salah, tak boleh terima hakikat. Sedangkan ianya ketentuan Allah.

Siapalah aku untuk menidakkan takdir? Aku sedar perjalanan ni terlalu singkat utk mengenang rasa benci, kehilangan, cinta sedangkan semua itu pinjaman Allah, tiada yang kekal. Melainkan Dia.


Tuesday, December 11, 2018

Hijrah

I had a conversation dgn my brother last week. When we went back to hometown. His tremendous changes buatkan aku terkejut seketika. I used to know abang aku macam mana. Tetiba hari tu kteorg balik Kuantan, dia baca doa naik kenderaan. Lepastu, perjalanan kteorg asyik bercakap pasal keagamaan. Seolah2 kita baru kenal Tuhan.

Pemergian arwah abah memberi kesan mendalam pada dia. Mungkin terasa kematian itu boleh jadi bila2 masa. Turning point bila berdepan dengan benda ni, kita terasa kehilangan, terasa kekosongan. Kteorg banyak tengok ceramah pasal kematian, especially video Ustaz Wadi. Kat mana roh tu pergi, roh baik akan di bawa ke illiyin, dan alangkan sedihnya kalau kita adalah roh yang tak baik yang tak akan sampai ke langit pun utk hntr catatan amalan. Nauzubillah. Sebab tu,  kita kena minta husnul khatimah. Dari situ kteorg saling mengingati.

Hakikatnya hidup kita ni kena saling ingat mengingati walaupun yang sudah tahu mahupun belum tahu. Sebab manusia ni selalu lalai. Dia tau tapi dia tak buat, ataupun sengaja tinggalkan. Aku sendiri pun selalu terleka, terlanggar walaupun aku solat.

Dalam conversation tu, abang aku ada cakap, "aku macam ni la, sekeliling aku (kawan2 or circle) aku ramai orang2 yg lalai, leka, nak bercakap pasal Tuhan apatah lagi."

Betul, bila hati rasa nak berubah, macam benda datang. Syaitan mainkan perang bila kita nak berubah pada jalan Allah. Tak semua yang boleh tahan dan boleh betul2 balik 360 pada Allah.

Aku teringat cerita Safiey Ilias yang pernah mencetus fenomena Malaysia yang dia dah berhijrah bahkan nak buang semua inplant kat badan dia, akhirnya kembali membuat maksiat. Semua sedia tau, iman kita ni ada pasang surut. Bila time ingat Allah, semuanya Allah. Tapi bila lemah iman, kita mula nak patah balik pada kehidupan lama.

Tak semua orang mampu lalui ujian bila nak berhijrah ni. Sungguh. Kalau aku berada di tempat Safiey Illias pun, tak mustahil aku berbuat begitu. Bayangkan selama ni, kau hidup ada boyfriend, di sulami kemanisan cinta, tiba2 orang tu nak tinggalkan kau. Di saat kau tiada apa2 lagi.  Dan saat itu, netizen2 semua mengecam kau bahkan sabotai lagi periuk nasi kau. Pasti tekanan tu maha dalam. Dan saat yang kau memerlukan seorang kawan yang boleh menasihati kau, tapi takde di sisi. Tak mustahil kau kembali kepada kehidupan yang lama.

Ya betul, Allah sentiasa ada. Tapi buat orang yang iman turun naik. Memerlukan orang2 yg baik di sisi utk memberi nasihat dari dikecam. Dari dicemuh. Kecaman itu mungkin lagi menjatuhkan dia. Aku tak kata orang, aku nasihatkan diri sendiri juga. Kita boleh kecam, kita boleh cemuh, tapi pernahkah kau berada di sisi dia?
Tak. Cuma kau pantang nampak kesalahan orang. Lagi kau menghukum.

Macam tu jugak aku. Macam abang aku. Bila diri terasa nak berhijrah. Bila ada benda duniawi yang kau nak tinggalkan tu buatkan kau terasa kehilangan sangat lepas berhijrah. Tak semua hati yang kental dapat menempuh.

Ada beberapa kali aku berniat nak pakai tudung labuh, tapi memikirkan aku ni banyak berkawan dengan lelaki, terkadang tak menjaga ikhtilat pun, aku batalkan. Ditamhah lagi mulut aku yang tak terlepas dari mencarut marut orang bila aku piss off, aku batalkan.Dari memburuk2kan org yg bertudung labuh. Baik aku perbaik attitude aku. Aku sejenis panas baran. Kalau aku naik angin, mula la rasa nak mencarut. Kan tak elok org mcm tu nak bertudung labuh. Benda ni perlukan kekuatan utk orang2 yg baru nak berhijrah. Bukan suatu yang mudah.

Ditambah lagi kau berada dalam circle yang tak endahkan pasal agama. Lagilah kau takde sokongan.

So aku cakap dgn abang aku. Kau kena cari kawan2 yang budak2 agama la, supaya one day kau jauh dari Tuhan, dia akan tarik kau balik.

Abang aku mengakui dan suruh aku berbuat benda yang sama.

Indah sebenarnya bila hati berbalik pada Tuhan. Terasa bahawa keEsaan Allah. Dan bila hati mengingati Tuhan hati akan menjadi tenang. 😉


Total Pageviews