<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Sunday, December 30, 2018

Rezeki

I woke up today at 6.39 am. Tot i am already late to work. Tetiba aku macam rasa, ala aku nak rest la. Dan suddenly aku confuse, hari ni cuti ke kerja, and flashback pulak semalam hari apa. Barulah aku ingat, hari ni hari ahad.

Freedom. Sambung tido balik.

Something getting my mind these days, a lot of things, terasa bungkam kejap. Aku penat sebenarnya nak puaskan hati orang, penat nak fikir buat itu ini yang aku rasa bakal mencederakan hati aku sendiri.

Apa yang mampu aku katakan, apa yang aku ada cukup. Dan syukur alhamdulillah dengan rezeki yang aku ada, walau tak sebesar mana. Aku tak nak jadi orang yang tidak bersyukur, takut yang kejar tak dapat, yang dikendong keciciran.  Dan bukan juga aku merasa aku di 'safe zone'. Cuma aku perlukan masa yang sesuai,peluang yang baik untuk aku upgrade diri.

Aku pun tak tahu apa yang orang nak. Mungkin nak tengok kemajuan aku, membandingkan kemajuan aku dengan orang lain. Aku bukan kiasu. Aku akan buat bila aku rasa aku suka, dan aku takkan buat bila aku tak suka. Melainkan keterpaksaan.

Penat sebenarnya memikirkan kata2 orang. Sedangkan yang memperjuangkannya aku. Hanya aku. Yang merasa sakitnya aku.

Sunday, December 23, 2018

Redha

2018 bakal melabuhkan tirainya tak lama lagi. Despite the countdown i want summarize history on 2018.

2018 adalah tahun yang mendukacitakan aku. Kehilangan arwah abah aku adalah yang amat menyakitkan. Entah kenapa aku agak instinctive utk amek cuti panjang2 in case ada kematian or emergency. Aku simpan cuti aku tu utk itu. Dan its happen bukan i want it. But its happened.

Yang keduanya adalah putus cinta. Sebelum abah pergi aku bercinta dengan sorang mamat ni, nampak macam baik, ikhlas, tapi jantan tak guna. Tipu aku hidup2.

Bukan senang nak melalui hardship ni. Especially selepas kehilangan abah, kteorg berdepan dengan mistik. Entah berapa lama aku tak cukup tidur gara2 tu, dan berapa lama kawan aku temankan aku tidur kat luar.

Aku terasa. Terasa perlukan seseorang yang boleh dijadikan suami saat itu. Untuk ada bersama aku. Aku sangat2 tak kuat. Kesunyian, dan rindu yang tiada penghujung tu menjelma. Syukur Allah berikan aku kawan2 yang ada dengan aku bila berdepan saat itu.

Beza orang Islam dengan orang kafir bila berdepan dengan musibah ialah redha. Redha semacam letting go. Letting go bukan mudah buat seseorang. Kalau aku tak belajar erti redha. Mana mungkin aku dapat hilang rasa sakit, serba salah, tak boleh terima hakikat. Sedangkan ianya ketentuan Allah.

Siapalah aku untuk menidakkan takdir? Aku sedar perjalanan ni terlalu singkat utk mengenang rasa benci, kehilangan, cinta sedangkan semua itu pinjaman Allah, tiada yang kekal. Melainkan Dia.


Tuesday, December 11, 2018

Hijrah

I had a conversation dgn my brother last week. When we went back to hometown. His tremendous changes buatkan aku terkejut seketika. I used to know abang aku macam mana. Tetiba hari tu kteorg balik Kuantan, dia baca doa naik kenderaan. Lepastu, perjalanan kteorg asyik bercakap pasal keagamaan. Seolah2 kita baru kenal Tuhan.

Pemergian arwah abah memberi kesan mendalam pada dia. Mungkin terasa kematian itu boleh jadi bila2 masa. Turning point bila berdepan dengan benda ni, kita terasa kehilangan, terasa kekosongan. Kteorg banyak tengok ceramah pasal kematian, especially video Ustaz Wadi. Kat mana roh tu pergi, roh baik akan di bawa ke illiyin, dan alangkan sedihnya kalau kita adalah roh yang tak baik yang tak akan sampai ke langit pun utk hntr catatan amalan. Nauzubillah. Sebab tu,  kita kena minta husnul khatimah. Dari situ kteorg saling mengingati.

Hakikatnya hidup kita ni kena saling ingat mengingati walaupun yang sudah tahu mahupun belum tahu. Sebab manusia ni selalu lalai. Dia tau tapi dia tak buat, ataupun sengaja tinggalkan. Aku sendiri pun selalu terleka, terlanggar walaupun aku solat.

Dalam conversation tu, abang aku ada cakap, "aku macam ni la, sekeliling aku (kawan2 or circle) aku ramai orang2 yg lalai, leka, nak bercakap pasal Tuhan apatah lagi."

Betul, bila hati rasa nak berubah, macam benda datang. Syaitan mainkan perang bila kita nak berubah pada jalan Allah. Tak semua yang boleh tahan dan boleh betul2 balik 360 pada Allah.

Aku teringat cerita Safiey Ilias yang pernah mencetus fenomena Malaysia yang dia dah berhijrah bahkan nak buang semua inplant kat badan dia, akhirnya kembali membuat maksiat. Semua sedia tau, iman kita ni ada pasang surut. Bila time ingat Allah, semuanya Allah. Tapi bila lemah iman, kita mula nak patah balik pada kehidupan lama.

Tak semua orang mampu lalui ujian bila nak berhijrah ni. Sungguh. Kalau aku berada di tempat Safiey Illias pun, tak mustahil aku berbuat begitu. Bayangkan selama ni, kau hidup ada boyfriend, di sulami kemanisan cinta, tiba2 orang tu nak tinggalkan kau. Di saat kau tiada apa2 lagi.  Dan saat itu, netizen2 semua mengecam kau bahkan sabotai lagi periuk nasi kau. Pasti tekanan tu maha dalam. Dan saat yang kau memerlukan seorang kawan yang boleh menasihati kau, tapi takde di sisi. Tak mustahil kau kembali kepada kehidupan yang lama.

Ya betul, Allah sentiasa ada. Tapi buat orang yang iman turun naik. Memerlukan orang2 yg baik di sisi utk memberi nasihat dari dikecam. Dari dicemuh. Kecaman itu mungkin lagi menjatuhkan dia. Aku tak kata orang, aku nasihatkan diri sendiri juga. Kita boleh kecam, kita boleh cemuh, tapi pernahkah kau berada di sisi dia?
Tak. Cuma kau pantang nampak kesalahan orang. Lagi kau menghukum.

Macam tu jugak aku. Macam abang aku. Bila diri terasa nak berhijrah. Bila ada benda duniawi yang kau nak tinggalkan tu buatkan kau terasa kehilangan sangat lepas berhijrah. Tak semua hati yang kental dapat menempuh.

Ada beberapa kali aku berniat nak pakai tudung labuh, tapi memikirkan aku ni banyak berkawan dengan lelaki, terkadang tak menjaga ikhtilat pun, aku batalkan. Ditamhah lagi mulut aku yang tak terlepas dari mencarut marut orang bila aku piss off, aku batalkan.Dari memburuk2kan org yg bertudung labuh. Baik aku perbaik attitude aku. Aku sejenis panas baran. Kalau aku naik angin, mula la rasa nak mencarut. Kan tak elok org mcm tu nak bertudung labuh. Benda ni perlukan kekuatan utk orang2 yg baru nak berhijrah. Bukan suatu yang mudah.

Ditambah lagi kau berada dalam circle yang tak endahkan pasal agama. Lagilah kau takde sokongan.

So aku cakap dgn abang aku. Kau kena cari kawan2 yang budak2 agama la, supaya one day kau jauh dari Tuhan, dia akan tarik kau balik.

Abang aku mengakui dan suruh aku berbuat benda yang sama.

Indah sebenarnya bila hati berbalik pada Tuhan. Terasa bahawa keEsaan Allah. Dan bila hati mengingati Tuhan hati akan menjadi tenang. 😉


Saturday, November 17, 2018

Pemergian

Selepas hampir 4 bulan pemergian arwah abah. Aku dah rasa kuat. Aku kuat sebab aku diperantauan, dan aku ada support system yang menceriakan hari2 aku. Aku jadi lupa sekejap pemergian arwah abah.

Masa aku balik kuantan baru2 ni, aku tengok berat umi mula susut. Aku tak tau kenapa, mungkin umi jaga makan, atau umi stress, aku tak tau. Aku jadi sedih pulak tengok keadaan umi.

Umi orang yang paling kuat aku pernah lihat, umi jarang tunjuk dia lemah walaupun dia sakit. Umi jarang tunjuk rasa terkesan dengan kehilangan, even pernah yang pergi meninggalkan dunia tu adik beradik dia sendiri. Even arwah abah pergi pun, umi tersangatlah redha, sedangkan umilah yang berada di saat sakaratulmaut abah. Umi yg berada di hari terakhir abah, ketika itu abah sempat mengajak umi pergi ke bank untuk bank in duit. Bila aku tengok umi kurus mcm tu, aku terasa sayu. Aku tau umi takkan mengakui, tp aku merasai umi ada terasa kehilangan arwah abah. Darah tinggi dia dah mula kena control dengan pengambilan ubat dan medical check up setiap minggu.

Adik lelaki aku Said yang paling rapat dengan arwah abah adalah orang yang paling terkesan. Dia selalu teringat2 kenangan dengan arwah abah. Adik lelaki aku ni fragile sikit. Hati tisu compared to muaz. Muaz lagi kuat walaupun dia paling bongsu. Tp Said orang yang paling rapat dgn arwah abah. Kalau org lain telefon mesti nak cakap dengan umi, tp Aid mesti nak cari abah sebab diorg suka sembang pasal bola, bawak abah pergi mana2 walaupun Abah dah boleh drive semula, Said jugaklah yang bawak abah ke mana2. Selalu bawak abah pergi breakfast, ikut arwah abah pergi jemaah kat surau. Dialah orang yang selalu bwk abah ke mana2 masa arwah abah buta.

Aku? Aku kuat sebab aku diperantauan. Tapi bila adik2 aku post status pasal arwah abah aku mula terkenang.Kalau ikutkan, bila balik rumah aku tak berani bersendirian. Aku takdelah teringat sangat, tp aku tak boleh kesunyian. Bila aku kesunyian, aku mula mengimbau kenangan dan aku mula depression. Terlalu banyak sesal aku. Sesal yang tidak berguna. Aku masih tak boleh pergi kubur. Dan ketika hari pengebumian, selain daripada larangan utk menghadiri pengebumian buat perempuan, aku takde guts utk melihat arwah abah ditanam 7kaki dalam tanah. Pergi ke masjid pun aku teringat tempat arwah abah dimandikan. Aku tak boleh layan perasaan takut jadi kemurungan. Aku rasa aku belum mampu untuk melihat nama arwah abah di kuburan. Saat ini aku masih terasa abah ada. Sebab arwah abah kurang bercakap. Arwah abah pendiam sangat, tp bila dia mula bercakap adalah benda yang dia nak sampaikan. Aku jarang berbual dgn abah, melainkan abah terasa nak berbual dia akan berbual, masa tu la aku berbual. Kadang2 bila aku drive bawak dia pergi ke mana2 masa tulah dia berbual panjang. Dalam kenangan aku masih ingat, selepas abah buat operation mata, dia kembali boleh melihat, masa tu betapa seronoknya dia dapat melihat semula. Betapa happy nya dia melihat perubahan bandar Kuantan ketika itu. Masa tulah, aku terasa bahagia bila dapat tengok abah boleh melihat semula, dan masa tu abang aku bawak abah pergi jalan2 bandar Kuantan.
Rindunya. Abah boleh drive semula lepas penglihatan dia kembali malah tak pernah miss solat berjemaah kat masjid setiap hari setiap waktu macam waktu muda dia dulu. Ingat lagi aku rajin ikut abah pergi solat kat masjid dulu, berjemaah. Pernah dia mengamuk sebab buat bising kat dalam masjid. Masa tu menikus aku, abang aku dgn adik aku sebab main2 dalam masjid.

Aku lah paling menyesal tiada penghujung. Aku anak kedua, walaupun tak rapat dgn arwah abah, aku ada persamaan since aku dgn arwah abah pun anak kedua. Aku degil mcm abah. Tapi aku lagi teruk. Aku rebellious. Kadang tak boleh tegur. Kadang ikut kepala sendiri. Aku punya rebel, if i dont like something, aku takkan buat mcm mana sekalipun. Macam aku tak suka pergi sekolah, abah dah buat macam2 kot kat aku. Tapi tetap tak nak pergi sekolah sampaikan umi dgn abah dah speechless tak tau nak buat apa. Masa aku berhenti belajar part time kat uia tu, abah marah kat umi tp tak cakap kat aku. Sampaikan masa decide nak berhenti tu, abah pujuk aku. Aku teruskan, tp tak sampai penghujung jugak.

How i miss thee, if you were sicked, aku ingat boleh balas jasa abah utk jaga abah. Boleh mintak maaf.Tp masa abah pergi tu abah sihat, tak nampak sakit langsung. Malah sempat settlekan semua urusan. Aku ada terdetik nak minta maaf sebelum aku pergi ke pulau perhentian itu hari, tapi maaf tu tersekat di kerongkong. Tak dapat nak zahirkan, sebab ego yg menggunung. Dan abah bukan orang yg sweet yang akan cakap " abah maafkan" secara zahir. Tp sebab ego akak tu akak menyesal.

Akak dapat intuition abah nak pergi, tp akak tak endahkan. Akak anggap cuma mimpi. Akak ingat lagi abah nak bagi duit kat akak utk beli baju raya tp aku tolak, sebab abah cakap abah ada hutang akak. Masakan ada hutang ayah dgn anak,? Sedangkan aku yang berhutang dgn abah. Itu yang paling aku sedih dan tak dapat menahan sebak, beberapa hari sebelum raya abah nak bagi duit kat aku, sdgkan adik aku sorang lagi mintak duit dia tak bagi.

Abah..kalau akak tak mengenal erti redha, akak takkan belajar utk melepaskan. Semoga kita bersatu semula disyurga. Ameen.

Bridesmaid of the day

Baru2 ni, dengan hectic kerja yg banyak, aku berkesempatan balik ke kuantan. I chose not to drive, since aku mmg penakut nak drive jauh2 ni. Penglihatan aku pun tak berapa nak baik.

Waktu aku call Hajar suruh ambik aku hari tu, umi terjaga terus solat tahajjud mungkin. Yelah, sebab aku call umi pun dia tengah tidur waktu tu.

Balik tu aku terus tidur dan terjaga keesokan subuh. Aku bangun lambat sebab malam tu pagi baru aku sampai. Aku bangun solat subuh kejap kemudian aku sambung tidur balik. Bangun semula pukul nak kat pukul 10. ( aku rasa la) Umi ajak bersembang tp aku in a rush sangat nak pergi ke Bukit Sagu sebab aku nak jadi pengapit. Wuhuuu for the first time in my life dapat jadi pengapit. Aku dah la tak tau rumah kawan aku tu kat mana, dengan bangun lambatnya, sembang lagi dengan umi. Last2 kat pukul 11 gak aku gerak pergi Bukit sagu.

Gilaa ah jalan dia,dalam fikiran aku dekat je ni. Sebab aku biasa pergi sana. Aku pun mcm berani sangat nak pergi sana. Nasib ajak adik aku teman pegi sana. Sekali lori besar2 kot, aku dah cuak. Tetiba anxiety datang, dalam otak aku risaukan adik aku je. Sebab aku bwk dia ikut. Alhamdulillah sampai jugak kat rumah pengantin. Nasib tak terlambat sangat sebab pengantin baru sibuk2 nak mekap. Aku sempat makan dulu, then barulah aku berborak dengan kawan aku tu.

Dalam pukul 12.30 mcm tu, pengantin lelaki pun datang, aku pun rasa cuak sangat sebab tak tau nak buat apa sangat since first time aku jadi pengapit, aku risau tak tau buat apa2 pun. Nasiblah senang and simple gila tugas dia. Aku rasa yang specialnya jadi pengapit sebab dapat makan sebelah pengantin. Padahal aku dah kenyang kot. Rupanya tak lama pun teman dia, tak lama lepastu aku tinggalkan kawan aku sebab dia nak layan tetamu. Aku pun tak sabar nak balik sebab adik aku nak solat.

Alhamdulillah ala kulli hal. Haritu aku bwk kete kebal arwah abah. Roadtax dah lama mati, tp selamba je aku bawak. Bwk kete kebal tu tau2 jelah, muka berbelak, tangan bertambah3 hitam. Tapi yang bestnya aku boleh lenjan kete tu. Rindu sangat bwk kete tu. Walaupun dah lama tak bwk manual tp badan aku still ingat mcm mana nak bwk.

So here the picture i jadi pengapit.







Doakan satu hari nanti i jadi pengantin pulak. InshaAllah. Ameen. 😘

Saturday, November 3, 2018

Gentlemen

After accident, actually aku macam takut2 nak drive, dan malas nak drive ke mana2. Hari tu, A ajak aku keluar pergi One City Mall.

Lately, aku selalu terfikir pasal jodoh. Aku fikir, kalau nak cari jodoh yang baik, aku kena jadi baik dulu. So, nak jadi baik, aku kena stop kan keluar berdua2 an dengan bukan mahram. Aku dah banyak kali keluar dengan A semenjak aku putus cinta.  

Masa aku putus cinta dulu, A yang ada dengan aku. A banyak buat aku lupakan orang yang aku pernah aku cinta dulu. Masa tu aku tak nak makan, aku ingat lagi masa tu time puasa dia amek aku kat rumah, dia ajak aku keluar berbuka, sorang duduk hujung meja, dan aku duduk hujung meja. Dua2 diam makan masa berbuka melayan perasaan masing2.

Semenjak dari tu kteorg rapat, aku anggap dia macam adik je, sbb beza kteorg kat 5 tahun. Baya2 adik aku. Tapi dialah lelaki gentlemen yang pernah aku jumpa. Kalau aku mintak tolong jarang nak hampakan aku, aku melted masa aku ajak dia pergi NSK beli barang, dia tolong angkatkan barang kat aku. Aku memuji dalam hati, kalau tak pasal dia ni muda,dah lama aku jatuh cinta. 

Belum lagi kira, tiba2 dia datang bagi snek kat aku time kerja. Sweetnya dia. Ingat lagi masa arwah ayah aku meninggal, dia yang mintak budak department aku collect duit bg kat aku. Aku rasa terharu sangat. Dia ada mesej aku cakap rindu kat aku masa tu.

Aku banyak keluar dengan dia, tengok wayang dgn dia, pergi gym, pergi jogging, since aku takde kawan perempuan yg single kat delloyd ni aku mmg selalu keluar dgn dia. Aku suka perangai dia, tak pernah aku jumpa lelaki yang treat women right macam dia, kecuali masa aku bercinta dengan ex aku dulu. Tapi tu sebab cinta, bukan kawan biasa2. Dia even bayar duit makan, kadang kalau tertinggal purse pun dalam kereta, dia so willing utk pergi ambil. Kalau aku minta belikan makanan pun, mesti dia beli pastu ada la beli benda lain pulak. Huu..kalau tak pasal dia ni terlalu muda utk aku, aku mmg jatuh cinta dengan dia.

Kalau kat ofis tu dia panggil aku baby, thats word is nothing sebenarnya, tu menunjukkan kteorg rapat, aku ingat lagi, dia suruh aku belikan roti, pastu dia tolong buatkan utk aku. Aku rasa dia paling banyak memberi kat aku, kalau pasal belanja lagi tak yah cakap la, kadang tetiba belikan air utk aku.

Masa dia ajak pergi One City tu, aku over excited pergi rakam video, dlm video tu aku pegang baju dia jalan atas bumbung transparent, pastu boleh nampak bawah, aku ingatkan aku gayat, rupanya tak. Aku post video tu masukkan dalam story ig. Malam tu dia tengok and marah sbb aku postkan. Sdgkan dia dah cakap jgn post. Hari tu aku rasa sentap, sebab dia takut orang fikir kteorg ada apa2. Dari situ aku sedar, kalau benda macam tu dah salah apatah lagi dari awal2 aku keluar dgn dia, semua tu dah salah. Aku nak stop keluar dgn dia. Kalau boleh jauhkan dari dia.

Hari tu masa nak keluar dgn dia, aku ada terfikir, nak cari jodoh yang baik, aku kena jadi baik. Antaranya kena elakkan dari buat maksiat. Aku nak stop, tp hari tu dia ajak keluar aku rasa susah nak tolak sebab dia banyak tolong aku. Aku ajak kawan kteorg sorang lagi, tp dia tak nak ikut, so kteorg pergi berdua jelah.

Lepas aku decide nak stop berkawan dgn dia, tetiba ada kawan aku bertukar nombor dengan dia. Aku jadi jealous tiba2. Kenapa aku jealous aku pun tak tau, padahal kteorg kawan baik je kot. Tak lama lepastu, ada budak department lain minat kat dia, bertambah pulak jealous aku. Mungkin aku sayang kat dia kot sebab dia layan aku baik sangat. In fact, masa aku accident tu, dia yang concern nak tau berapa aku kena compensate kat owner kete tu. Dia pun willing nak tolong aku. Dia punya ambik berat kalah keluarga aku sendiri.

What even melting lagi, pernah kteorg keluar tengok wayang, since aku punya cerita mistik masih berlegar2 dalam kepala otak, pulak tu time tu nak tengok citer Munafik, aku tetiba jadi takut nak balik sensorang, lepas aku hntr dia balik, dia ikut aku balik sampai rumah, masa tu aku terharu sangat, ada orang care dengan aku sampai macam ni.

Walaupun kteorg dah tak rapat mcm dulu, and aku decide nak stop, hari tu dia beli air kat mesin pastu bagi kat aku. Haihh, kenapa dia baik sangat ni, padahal aku nak jauhkan diri dari dia kot.

Ya Allah mintak2 jodoh aku org yg Gentlemen mcm dia. Ameen.

Saturday, October 20, 2018

Car accident

Hari ahad lepas aku dah plan nak pegi gym dengan kawan aku. So, before aku pergi tu takde pun rasa tak sedap hati ke apa, tp feeling distracted sebab memikirkan ex aku a.k.a jantan tak guna tu balik semula kerja kat tempat kerja aku, masa tu aku asyik fikir apa motif dia masuk balik kerja kt tmpt aku. Aku mula fikir yang bukan2. Yang kedua, masalah family. Yg ketiga, masalah aku kena cari bilik sebab kawan aku nak kahwin, so aku ada masa sebulan je nak cari bilik sewa. Dan plus, dengan masalah family.

Sebelum aku pergi gym tu, aku pergi isi minyak withdraw duit. Otw nak pergi tu dekat roundabout, aku tengok kereta kat sebelah aku tu jalan, so aku rasa aku sempat jugak nak jalan tanpa perasan kereta kat sebelah kanan aku pun nak jalan. Tak lama lepastu, bertembung. Aku terkejut. Aku pusing belakang cari kereta tu, dia dah susur keluar dari roundabout, so aku pun pusing balik pergi kat kereta tu.

Keluar je dari kereta, aku dah nampak muka abang tu dah berkerut, aku bersiap2 nak dengar kata2 kesat nak kena hambur dekat aku. Aku minta maaf cepat2. Dia pun cakap, ni takde maaf dah ni. Berdasarkan kerosakan kereta dia yg kemek teruk tu.
Aku pun diam, cool down. Aku tau aku salah sebab undang2 roundabout, kena dahulukan kereta dari arah kanan.  Lepastu, dia pun cool down, tak lama lepastu kteorg pun settle baik2.

First thing bila jadi benda mcm ni, aku redha. Mungkin ujian Allah nak bagi kat aku. Yang kedua kifarah, mungkin Allah tarik rezeki ni utk bersihkan rezeki aku yang tak halal ataupun rezeki orang lain yang aku tak bagi. I put my heart at ease. Ni ujian aku.

Bila jadi mcm ni, orang tu pun mintak ganti rugi, satu malam hati aku tak tenang. Risau harga ganti rugi yang tak mampu aku nak bayar. The next day, dia bgtau aku kena kat 1k. Fuhhh...mana nak cari duit, kereta pun nak kena siap dlm tempoh 3 hari. Terpaksalah aku pinjam dengan org yg rapat.  Nak pinjam pun bukan senang orang nak bagi. Aku sendiri tak tau dengan sape aku nak mintak. Masa tu laa, aku mintak dgn Allah permudahkan aku. Masa tu bukan ganti rugi je bermain dalam otak, duit asb yg kat rm300 aku kena bayar mana aku nak cari?

Sesungguhnya Allah tu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ALLAH tolong aku, dalam masa 3 hari aku boleh cari duit utk ganti rugi tu, dan alhamdulillah duit asb tu pun aku boleh bayar.

Petang hari kejadian tu, umi bagitau aku, baca Al- Matsurat supaya hindarkan dari perkara2 tak baik berlaku. Aku iyakan, tp x beli lagi al matsurat tu. So rasanya lepasni, bolehlah beli dan amalkan.

Ujian ni buat aku sedar, kalau Allah bagi ujian there's must be a way out. Tinggal kita nak bertawakkal dengan Allah, bersabar, yakin Allah nak bagi bila2 masa, dan dia nak ambil pun bila2 masa. Hati kena belajar redha dan sabar. DIA yang bagi ujian, DIA jugakkan yg selesaikan ujian. Apa yg Allah nak, supaya kita kembali kepada dia. Mintak dengan dia.

Alhamdulillah ala kulli hal.



Sunday, August 5, 2018

Arwah Abah Dalam Kenangan

Hari tu aku tak banyak cakap. Banyak diam dari hari biasa aku bekerja. Pastinya aku banyak sangat bercakap. Sebab, aku rasa aku nak cuba adaptasi keluarga besar dalam department aku. Department aku dah bergabung dengan budak PPC (Production Planning And Control). So, aku betul2 tak biasa dengan adanya orang baru. Lagi pula, aku busy dengan kerja tertangguh lepas baru balik dari cuti dari Pulau Perhentian hari tu.

Petang tu, aku OT macam biasa, cuma hari tu adalah aku teringat2 kat arwah abah. Arwah abah mengajar mengaji sampai aku nangis2. Nothing unusual actually. Then, suddenly Hajar call aku, aku pun memang tak expect apa2.

"Fathiah, abang pengsan."
"Abah pengsan masa nak pergi surau." Suara Hajar sebak berbuar tangisan. Hajar pujuk hati dia yang abah takde pape. Aku pun sama. Aku suruh dia mintak tolong orang angkat kan abah bawak pergi hospital. Dia cakap kalau dia bawak lambat. Dia tunggu ambulans datang. Tapi ambulans masih tak sampai2. Kebetulan, ada doktor sekitar rumah aku. Doktor tu on the way nak datang. Hajar bagitau aku doktor dah smpai dia terpaksa letak telefon. Aku pun pujuk hati aku yang abah takde apa2. Tak lama lepastu, Hajar call bagitau aku yang abah dah takde. Ya Allah, luluhnya hati aku. Aku masih di awang awangan antara nak percaya atau tidak. Aku harap itu bukan kenyataan. Aku masih ingat malam sebelum tu, abah telefon aku tanyakan pasal fon aku yang rosak dia baiki, dia tak pandai bukak pattern fon tu. Aku cakap tunggu Kedek balik, dia tau nak bukak. Aku bagitau diorang baru on the way balik ke Kuantan.

Hari tu, aku drive hantar adik aku ke Raub, since dia dapat tawaran dekat Uitm sana. Adik2 aku sibuk nak ikut, tinggal abah sorang2 kat rumah, aku cakap tinggal lah sape2 kat rumah, mak aku cakap semua sibuk nak ikut nak berjalan. Aku risau sebenarnya kalau ada apa2 terjadi dekat abah.  Mak aku diam je. Pagi tu abah mintak resit bil nak bayar handfone yang dia ingat dah baiki dekat Kedek, padahal belum lagi baiki, dia amek handfone lama aku tu dia pergi baiki hari tu. Kteorg pun gerak pergi Raub, smpai dekat RnR Temerloh, Hajar stop suruh aku drive. Aku a bit mengantuk sebenarnya, penat semalam baru balik dari Pulau Perhentian belum habis lagi. Tapi, aku drive la jugak sebab Hajar dah sakit perut sangat. Dah sampai Raub, semua urusan kemasukan ke Uitm Apui dah selesai kteorg gerak pergi KL. Ni sebenarnya first time aku drive pergi KL sebelum ni mmg tak pernah, aku dah beberapa kali rasa mengantuk sebenarnya, risau aku terlelap, aku suruh Hajar bawak dia cakap tak nak. Asyik cakap sakit je. Tapi alhamdulillah selamat sampai dekat Taman Permata, rumah mak sedara aku. Kteorg gathering dgn abang aku kat situ. Abah call aku banyak kali, tapi aku tak dengar, so aku call abah balik, abah cakap dia suruh cakap dgn  cina yang baiki fon aku tu dia nak apa. Lepastu, aku call cina tu, dia cakap dia tak tau nak bukak pattern fon aku. Aku pun lupa nak disable pattern tu, last sekali aku bagi ikut sequence nombor untuk dia draw pattern. Tak lama lepastu cina tu call aku bagitau fon dah siap baiki, aku call abah semula cakap fon dah siap baiki, malam tu dia keluar amek fon tu. Abang aku hantar aku balik Shah Alam malam tu, abah telefon lagi tapi aku tak dengar. Aku call abah balik, dia tak angkat. Bila aku dah smpai rumah abah call aku lagi, aku boleh agak abah nak tanya apa, abah tak tau nak bukak pattern fon aku tu. Aku pun bagitau Kedek tau nak buka, diorang dlm perjalanan nak balik ke Kuantan. Abah pun mengeluh sebab baru je gerak dari KL padahal dah pukul 11. Itu lah aku rasa paling banyak sekali abah call aku. Sebelum ni aku rasa tak pernah kot. Tapi hari tu aku rasa nak sangat cakap banyak dengan abah, tapi aku tak tau nak cakap apa. Aku pun letak je telefon.

Malam sebelum aku balik ke KL, abah yang amek aku dekat Terminal. Aku dah risauuuuu sangat, umi call aku tanya ada tak abah amek aku, sebab kereta takde kat rumah,aku cakap takde, umi pun call aku balik abah dah balik rumah lepastu keluar balik amek aku, aku cakap kenapa biar abah amek aku sensorang, umi pun cakap dia pun keluar tak bagitau. Ya Allah, masa tu aku takut sangat kalau jadi apa2 kat abah, yang aku fikirkan time tu jalan bypass nak ke Terminal tu bahaya sangat ada lori2 besar lalu kat situ.  Aku cuma boleh tawakkal je masa tu, aku tau abah mmg tak nampak sangat sebab cataract sebelah lagi dia tak buat operation lagi. Tapi alhamdulillah abah selamat sampai amek aku, aku pun drive balik ke rumah, aku tanya kenapa tak suruh Hajar amek, dia cakap Hajar sakit perut. Aku rasa legaa sangat. Tapi sepanjang perjalanan nak balik ke rumah, aku berborak panjang dengan abah. Sampai rumah pun abah still nak berborak tapi aku terpaksa stop kan sebab aku belum solat lagi, dan aku perlu tidur esoknya aku kne drive pergi Raub. Kalau aku tau itu conversation aku dgn abah yang terakhir, aku nak borak lagi...

Abah...
Akak rindu abah. Rindu yang takde penghujung. Akak ingat lagi abah ajar akak mengaji sebut betul2 makhraj huruf. Salah kena ulang balik sampai betul. Last sekali, akak give up ngaji dgn abah sebab takut abah selalu marah2. Yang ruginya akak, sebab tak dapat khatam Al-Quran dengan abah. Abah, akak nak sangat belanja abah breakfast pagi2, tapi bila akak balik akak selalu bangun lewat. Lepastu time tu la akak takde duit pulak. Abah terima kasih sebab kadang2 abah lebihkan akak sikit dari adik2 yang lain. Aku tak sempat mintak halalkan semua tu, akak tak sempat nak balas jasa abah. Abah, terima kasih sebab bagi didikan agama kat kteorg semua. Betapa strugglenya abah nak hntr kteorg sekolah Irsyad dulu padahal abah mmg tak berduit pun.

Dah berapa tahun kteorg terlepas nak amek gambar sama2, tapi tahun ni kita dapat tangkap gambar walaupun nak dekat Maghrib. Abah rushing nak pergi solat maghrib. Abah sorang je yang pakai baju putih, akak ada rasa lain. Tapi akak tak nak fikir bukan2.
Kini tinggal kenangan

Apui ada bagitau aku, dia terkejut kenapa abah nak pulak tangkap gambar dengan mak sedara aku, padahal kalau ikutkan dia memang tak nak. Lepastu susahlah. Aku mmg paham sangat abah macam mana. Hari tu dia nak tangkap gambar dengan semua orang. 
Gambar raya dengan family

Aku menyesal aku tak sempat mintak maaf dengan abah. Masa raya tu pun salam tapi takde nak cakap mintak maaf ke apa, tapi aku redha sebab asbab aku nak pergi Perhentian, aku sempat berborak dengan abah buat kali terakhir, sebab abah nak baiki fon aku tu, aku sempat berborak dengan arwah abah. Kini tinggal kenangan.

Abah pergi pun dengan baik. Takde sakit apa2. Tak menyusahkan orang, abah dah nak on the way pergi solat maghrib dekat surau tiba2 abah rebah depan pintu bilik. Jenazah abah dalam keadaan tersenyum seolah2 nampak syurga di mata dia. Aku redha andai ini yang terbaik.

Rindu ni takde penghujung. Aku pun belum tau apa perasaan raya tanpa abah, aku terasa kehilangan ni. Sunyi. Damailah abah di sana. Semoga kita bersatu di syurga nanti. Ameen.

Saturday, June 30, 2018

Depression

Kali ni entry aku nak bercerita pasal depresi. Umum yang tau pasal vocalist linkin park apatah nama dia, dah top femes tahun ni vocalist lead shinee Kim Jong Hyun mati sebab depresi.

Bila bercakap pasal depresi, aku betul2 rasa terkesan. Sebab aku pernah melalui bertahun2. Dari kecik lagi, pasal apa, terlalu peribadi utk bercerita. Aku pun sebenarnya tak tau mana silap aku, tapi aku rasakan aku nak sangat perhatian dan kasih sayang daripada umi dgn abah. Aku tak tau apa yang tak cukup diorg bagi, mungkin dah terlebih kot, tapi aku yang tak bersyukur.

Membesar dengan keluarga yang besar bukan suatu benda yang mudah bagi aku, kekangan demi kekangan yang ada, buat aku terasa, kenapa hidup aku, i mean cara membesar aku tak sesempurna budak2 lain? Ya, pada masa itu, aku mmg tak kenal erti syukur. Janganlah nak nasihatkan aku pasal syukur. Kesusahan, keperitan zaman aku membesar dulu buat aku rasa macam cepatlah masa berlalu, aku tak suka masa tu. Dari sebab aku bencikan waktu tu, aku pilih untuk tidur. Escape reality. Bermula dari situ. Dari seorang yang early riser jadi late riser. Bukan tak pernah kena tegur dgn umi abah, tp a rebellious like me, kadang aku keraskan kepala. Sampaikan umi dgn abah pun tak tau nak kata apa. Yelah, anak dara kan, tak elok bangun lambat.

Aku jadi terkurung dalam bilik. Jarang bergaul dgn orang. Lebih suka menyendiri di dalam bilik. Banyak kejadian asalnya rasa kemurungan ni, antara yang aku ingat bila selalu di ejek, bila selalu di rendah2kan, keadaan diri aku yang gelap, sampaikan aku takde confident utk berhadapan dgn orang, terlalu memikirkan kata2 orang, expectation orang, lagi2 keadaan keluarga aku yang tak sama macam orang lain. Aku rasa tertekan dengan diri sendiri.

Aku pernah kena ejek macam2, malah dari keluarga sendiri pun ada yang memandang rendah dengan aku. Semenjak itu, aku rasa nak mengasingkan diri dari orang.

Aku membesar tak sama macam orang lain. Ada satu tahap aku direndah2kan oleh budak2 lelaki sampaikan aku takde rasa nak tegur malah nak berkawan pun dengan diorang, sebab aku rasa pandangan diorg dgn aku terlalu rendah.

Lama aku terperuk tidak boleh terima diri sendiri. Pernah jugak, aku kena pulau dgn kawan2 sendiri masa dulu. Masa tu, tekanan darah aku tak penah turun dari 120. Sampai doktor pun terkejut.

Since aku suka tidur. Aku pun suka tidur siang. Malam aku sleep deprive. Kadang tak tidur siang pun malam tak boleh tidur jugak. Sebab aku terlalu overthink. Penat sebenarnya tak boleh tidur ni, rasa otak tak rehat. Rasa memori semalam tak hilang lagi.

Masa aku form 4, aku tukar sekolah dekat dgn rumah aku, masa tu pindah rumah baru, aku tak suka sekolah tu sebab gloomy, aku tak suka sekolah tu sebab persekitaran dia, cikgu2 dia, pelajar2 dia. Biasalah sekolah kampung, tak puas hati je jumpa kat luar. Time tu kelas aku pulak mengamalkan konsep assabiyah. Masa aku masuk sekolah tu, aku takde kawan, dan tak terasa di alu alukan pun berada kat sekolah tu. Tapi aku pretend utk jadi happy utk berkawan dgn sesiapa je. Malangnya aku still tak boleh nak blend in. Akhirnya aku pilih jalan utk ponteng sekolah.

Dalam seminggu tu tengoklah berapa kali aku datang. Kadang rabu, kadang khamis. Aku yang terpopular dalam kalangan ranking tak pegi sekolah. Sampai cikgu panggil aku personally tanya kenapa aku tak pergi sekolah. Aku simply cakap. "Aku tak suka sekolah ni." Cikgu pun tak tau nak cakap apa dah dengan aku. Sampai cikgu tak letak harapan apa2 pun dgn aku. Dalam setahun apatah lagi. Bukan tak pernah kena surat amaran, bukan tak pernah sampai surat amaran dekat umi abah. Tapi entah kenapa diorg diamkan je. Bukan tak pernah kena bantai dengan tali pinggang, tapi masa tu abah tak bantai kuat2 la. Tak sampai hati. Tapi degil aku tak boleh cakap apa dah. Masa tu aku rasa sekolah tu bukan tempat aku seronok utk belajar. Entah kenapa.

Depresi ni pun, buatkan aku susah nak bergaul dengan orang. Kadang letak persepsi macam2 kat orang. Sampai aku takut nak percaya siapa2 semenjak aku pernah kena pulau dengan kawan2. Takut tersalah cakap benda tu memakan diri sendiri. Dengan lelaki lagi la, aku tak pernah berhenti rasa prejudis. Melainkan diorang yang tegur aku, baru aku berkawan dgn diorg.

Bila aku sambung belajar kat KL, baru lah depression aku kurang sikit. Tak macam dulu, sebab ada kawan2 yg gila2. Housemate gila2. Time tu mmg seronok. Cuma aku masih ada masalah insomnia. Overthink. Insomnia kadang bukan biasa2, kadang seminggu nonstop tak boleh tidur. Masa tu jantung berdegup kencang. Rasa mcm nak tercabut.

Ada momen yang aku tak boleh lupa, bila aku dgn roomate aku tu pun sama spesies dgn aku. Insomnia jugak,kteorg punyalah tak boleh tidur time tu, kteorg pun keluar naik motor malam2, jalan2 sampai pukul 4 baru balik. Baru boleh tidur. Sampai housemate aku mengata kteorg keluar dgn jantan. Aku dgn kawan aku pun bengang kena fitnah macam tu, kteorg pun keluar la dari rumah tu.

Dulu aku rajin membaca buku, sebab susah nak tidur punya pasal. Dari suka membaca tu aku bercita2 nak jadi penulis. Tapi mcm hampeh je. Sekarang ni elok letak kepala atas bantal je dah sampai kat Australia. Wiwiwiw.

Anyway, kalau bercakap pasal depresi ni macam mana aku boleh bertahan, walaupun hakikatnya penderitaan tu sangat menyakitkan?

Yang pertama, aku masih berpegang adanyaa Tuhan. So far, sejahat mana pun aku, aku masih jaga solat, walaupun subuh tu terkontang kanting jugaklah.

Yang kedua, aku divert fikiran aku. Aku hiburkan diri pada benda2 yang simple. Contohnya masa dulu aku kerja tadika, budak kerja aku ni jenis ada mood dia bercakap, takde mood dia diam je, lama2 boring jugak aku. Aku hiburkan hati aku dengan sekecil2 budak2 ni buat lawak pun aku layankan. Dari seorang yang susah nak gelak benda2 yg kecik jadi seorang yang mudah terhibur. Padahal takde pape pun. Aku layankan diorang walaupun rasa macam entah pape je teacher ni.

Depresi ni bukan perkara yang mudah nak dilalui. Perasaan kosong. Being useless. Nak buat apa tak yakin. Hopeless. Tak nak jumpa dgn sesiapa pun ada. Nak buat sesuatu pun rasa terhalang.So bila orang cakap pasal depresi ni aku cukup paham. Rasa tak yakin dgn Tuhan, hilang rasa nak hidup. Tapi macam aku, nak mati pun takut sebab dosa banyak sangat. Hehe

Jangan main2kan perasaan diorang, jangan ajar diorg kau patut buat ni, kau patut buat tu. Jangan. Sebab apa yang patut korang buat adalah mendengar. Korang kena tau, korang tak berada kat tempat dia, situasi dia dgn kau sgt berbeza. Cara kau memandang sesuatu masalah pun lain, bagi kau kecik, tp bagi dia big world problem. Dont underestimate. Dengar je apa yang dia cakap, act like you understand dia punya situasi. Try hiburkan dia. Buat korang ada utk dia.  Walaupun sebenarnya kau pun ada benda tak setuju dgn dia, buat orang depresi ni, nasihat apa pun yang kau bagi dia akan negatif. Takde yang positif. Cuma satu cakap kat dia, balik pada Tuhan, itu sahaja. Bagi kata2 semangat. InshaAllah.


Sunday, June 24, 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2k18

Okay, dah tak boleh tido pulak since dah tido petang td. Agak sumbat jugaklah duduk rumah tak tau nak buat apa.

Raya tahun ni berbeza sikit dengan tahun lepas. Kalau tahun lepas sedikit bermakna, sebab lepas je habis raya kteorg dah terus pergi beraya rumah orang. Tahun lepas paling best sebab dapat beraya satu keluarga, dulu biasanya ada yang kena tinggal. Tahun ni tak macam tahun lepas, habis raya, umi dgn abah tak tau merayap mana. Last2, tak beraya satu keluarga. Lepastu, kejar pulak solat jumaat.
Dah siap solat jumaat,smbung tido pulak. Hmm.

So, aftee 2 tahun tak dapat gmbr bersama so, this year yg meaningful ada gmbr bersama. Wee...


Tu pun nak dekat maghrib baru dapat tangkap. Lainnya raya tahun ni dengan tahun lepas, tahun ni banyak berjalan ke rumah sedara mara. Dari raya pertama sampai lah raya keempat. Raya kelima baru rehat kat rumah. Nak balik tu barulah sibuk nak beraya rumah kawan tu pun tak habis round lagi dengan kawan2 sekolah menengah kat bukit rangin. Rasa singkat pulak cuti kali ni tapi dah rasa bosan pulak duduk kampung lama2. Rasa nak kerja pun ada.

Hari selasa aku balik Shah Alam semula, dah la hari tu ramai orang balik, tambah lagi jem teruk sebab bas terbalik. Perjalanan sepatutnya 4 jam jadi 8 jam. Kematu woo duduk dalam bas lama2.

Friday, June 8, 2018

Lelaki

So, i got the mood nak tulis today.

Yes, i mengaku memang i jatuh cinta dengan budi bahasa dia, dengan kerendahan hati dia, and plus i suka dia main badminton, i nampak bakat dia. Tapi semua tu sepanjang aku berkawan dengan dia, aku selalu fikir, boleh ke aku teruskan hidup dengan dia selepas ni? Dengan keadaan dia tak pandai uruskan kewangan? Tapi itu je yang aku nampak kelemahan dari diri dia. Hampir jugak nak putus sebab tu. Entah macam mana, berat hati aku nak lepaskan dia. Sebab aku dah rasa sayang kot dgn dia. Masa kteorg nak putus tu, aku yang tahan dia, masa tu dia cakap nak bawak diri pergi Johor, tempat lama dia bekerja. Ya Allah, masa tu aku menangis teruk. Rasa macam tak sanggup nak kehilangan dia. Masa tu aku fikir, ramai yang dah tau aku date dgn dia, so within short period, takkan aku nak break mcm tu je, lagi aku nak kena menjawab soalan2 diorang yang aku dah takde pape ke dgn dia? (Entah apa la aku fikir time ni..padahal aku dah sayang kot dgn dia), yang membuatkan aku tak nak lepaskan dia masa tu sebab perasaan tak adil aku. Tak adil sebab tinggalkan dia sebab kekurangan dia. Sedangkan kekurangan boleh dibaiki. Bukan cari orang lebih baik dari dia. Kita orang pun baik mcm biasa, pergi balik dia ambik dan hantar. Kadang dia sendiri tunggu aku depan rumah semata2 nak pergi kerja dgn dia. Aku terharu dengan kesungguhan dia.

Yang aku rindukan, kteorg akah bukak puasa sama2 setiap hari. Bukanlah aku nak mengungkit, kadang dia takde duit pun aku support dia, aku dah ikhlas kan hati, kalau takde jodoh pun dgn dia, aku ikhlas, demi tak nak tengok dia kelaparan. Sungguh, aku tak sampai hati, sedangkan aku makan sedap2. Peruntukan untuk beli baju raya pun, aku biarkan dulu demi memastikan yang makan kteorg tu cukup. Aku bukan nak mengungkit, tapi aku sendiri tak sangka aku boleh berkorban mcm tu utk orang lain. Padahal aku tau aku ni selfish. Entahlah mungkin dah sayang. Yang selama ni, aku mmg malas nak masak pun, aku boleh bekalkan dia setiap hari sebab tak nak dia lapar. Padahal aku malasss gila nak masak.

Sehinggalah ada satu hari tu dia nak pinjam duit aku sebab nak top up. Aku pun bagilah. Hari tu, aku tunggu dia mesej aku. Biasanya balik rumah je dia mesti mesej aku. Tapi hari tu takde pulak. Aku pun start whatsapp dia. Dia cakap dia balik rumah dia kat Pulau Indah sebab ada emergency. Aku mula rasa tak sedap hati, biasa bila dia balik Pulau Indah mesti lambat ambik aku nak pergi kerja. Pastu, dia minta aku call dia pagi2. Hari tu, dia balas whatsapp pun lambat. Aku pun tak syak apa2 mungkin dia ada hal. Aku dapat rasa tak sedap hati jugak hari tu, dia cakap apa pun aku balas macam acuh tak acuh.

To be continued...

Total Pageviews