<bgsound loop='infinite' src='music.mp3'></bgsound>

My Pages

Sunday, June 16, 2019

Leaving

Minggu ni , i mean sebelum raya lagi aku dah start rasa malas nak kerja:
Malas nak o.t. Masa puasa tu, badan terasa penat. Kali ni, balik
je dari raya aku dah start malas. Mungkin mood raya still tak habis
pastu aku gerak dari Kuantan ke KL hari Sabtu lagi, malas sabtu
pun berjalan lagi, hari Ahad bantai pergi Ikea dari pukul 11 smpailah pukul 4
.
phew. nasib masih musafir lagi, so boleh Jama'  Qasar Takhir je. Balik ke dari
ikea, kteorg beraya lagi. huh sakan gila raya tahun ni, tapi tak best tak
dapat join diorg beraya lagi, hari isnin tu. Malam tu pulak umi masak sambal petai
pegh, tak jadi nak gerak petang. Penyudahnya pukul 9 baru aku gerak dari Selayang.

Tak taulah kenapa, aku dah malas nak ot. Padahal aku mesti pulun ot kaw2 sbb nak duit tambahan..
tapi tak utk kali ni, aku macam dah tak kesah dah berapa aku dapat. Dan minggu ni pun alu
sengaja tak nak ot hari sabtu. Entah kenapa aku rasa, kenapa aku perlu hambakan masa aku utk kerja? Sedangkan duit tak pernah cukup. Bayangkan setiap hari aku lerja dari pukul 8 smpai pukul 8. Hari sabtu kerja lagi macam aku takde life. Usia aku terbuang di situ.

Tak nafikan, ni la tempat kerja aku yang paling best aku pernah kerja.
Kadang2 kat tempat kerja, hari2 aku termenung. Memikirkan desakan jiwa yang dah mula bosan buat perkara yang sama. Tidak bersyukurkah aku? Aku dapat kawan kerja yang baik, boleh cover kerja kita, selalu kerjasama, gila2, kalau aku pilih utk mencari kerja lain. Adakah aku akan jumpa dengan orang2 begitu yang aku anggap macam keluarga aku sendiri. Susah senang aku banyak dengan diorg dan pengalaman ni mungkin aku takkan jumpa kt mana2. Macam mana diorang ambik berat pasal aku, sedia menolong ketika susah, kadang takde kereta, diorang tumpangkan.
Main badminton setiap jumaat. Bahan membahan tapi sikit pun tak amek hati. Dah menjadi kebiasaan kteorg. Mana nak cari culture macam ni?

Aku pasti rindu dengan diorang semua. Hampir setahun 6 bulan disini. Banyak sangat kenangan yang berharga. Yang takkan aku lupakan, tapi setiap hari aku terasa bosan buat benda yg sama, aku nak improvement, as times goes by im getting older.  ðŸ˜«

Saturday, June 15, 2019

Hari Raya Tanpa Abah

Aku masih ingat tahun lepas, memandangkan gaji aku sedikit lewat so aku belum beli apa2 persiapan utk raya, abah pun hulurkan duit dekat aku, aku cakap tak payahlah, then abah cakap "ambiklah ada hutang hari tu." Dengar je abah cakap macam tu, air mata hampir keluar saat itu. Masakan ada hutang ayah dengan anak dia, sedangkan aku yang banyak berhutang dengan dia. Aku berkeras menolak duit yang abah hulurkan tu. Abah pun berlalu pergi macam tu je.

Aku ingat, dia beria 'alter' baju jubah putih dia, aku malas nak fikir apa2, aku tau abah suka pakai jubah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. Tahun lepas dia nak berjubah putih sedangkan tahun2 lepas dia tak kesah pun nak pakai baju ikut tema. Even umi dah belikan kurta utk dia, dia tetap tak nak pakai, lalu diberikan kpd abang aku.

Ya Allah terasa cepat masa berlalu, masih ingat lagi peristiwa raya tahun lepas. Ketika dia masih di sisi, betapa riuh rendahnya dia, itu dan ini. Kadang2 terasa annoying juga. Tapi bila dah takde rindu juga. Kalau dekat rumah tu aku tak berani bersendiri. Aku pasti teringat, dia buka pintu bilik. Walaupun aku sudah redha dengan ketentuan.

Raya pertama, kita ke kubur abah. Muaz buat tahlil pendek. Muaz adik yang aku banggakan, selama ni aku rasakan dialah paling manja rupanya dialah harapan keluarga. Aku masih ingat dia yang sembahyangi abah. Betapa kuatnya dia melawan perasaan. Betapa kuatnya dia menerima hakikat, sedangkan dialah yang hari2 ikut abah pergi masjid di setiap 5 waktu. Dan masih aku ingat ketika dia masih kecil dia menjadi makmum abah. Seawal usia 4 @ 5 tahun. Muaz mmg suka ikut abah sembahyang. Rupanya dia ada minat mendalami agama. Padahal, abah tak dapat nak ajar Muaz mengaji sebab dia dah tak nampak.

Raya kali ni terasa berbeza,
Bila berlaku hakikat ini,
Terasa hidup ini tidak panjang
Untuk membenci sesiapa
Untuk menyakiti sesiapa,
Memaafkan adalah yang terindah.

Taqabballahuminnawaminkum.


Total Pageviews